Friday, August 3, 2012

Assalamualaikum wbt .

Haishh pejam celik pejam celik hari ni dah masuk 14 Ramadhan . Time moves so fast kan ? aku rasa macam baru malam tadi aku cangak depan tivi nak tengok pengunguman raya .. eh silap ! Pengunguman puasa . 

Apa-apa pon , Ramadhan kali ni super power extreme berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni .
Guess what ? 

Aku berpuasa di negeri Kedah dan bukan di negeri Pulau Pinag :( Yerrr sejujur nya aku nak habaq pi kat hangpa , sini berbeza sangat dengan Penang .
Apa yang beza ? 

Actually aku kan tak suka tinggal sini , that's why la aku akan cari 1001 kekurangan kat negeri Kedah pantang kalah nih . Hmmm from my observation tak ada apa-apa yang beza sangat pon bila time bulan puasa ni . Kedah still ada bazaar Ramadhan macam kat tempat-tempat lain hihihi . In fact , banyak kot bazaar ramadhan kat sini . Tak payah pi jauh-jauh dalam area taman aku ni pon ada . Panjang tak hengaaat , Bazar Bandar Puteri Jaya .
Terawih ? 

Huuuuu ni part paling sayu babe . Alhamdulillah even dalam 14 hari berpuasa ni aku diberi kesempatan oleh Nya untuk menunaikan Solat sunat terawih di Surau Ar-Rahman yang bertempat tak jauh dari belakang rumah . Tak silap aku hari ke 6 puasa kot . Tak payah la tahu kenapa aku banyak ponteng terawih k ? aku tak gemar nak share . huhuhu Time terawih ni memang betul-betul buat aku rindu . Aku still ingat time terawih kat rumah lama dulu , setiap hari WAJIB ada budak-budak kecik gedebuk-gedebak-gedebuk-gedebak lari depan saf . Tak cukup dengan tu , pom-pang-pom-pang bunyi mercun . Tapi .....................kat sini tak ada semua tu . Sunyi babe . Kalau nak sembahyang terwih plak bohong la kalau tak khusyuk . Mesti khusyuk punye wa cakap lu . Ye la , tak dicemari oleh pencemaran bunyi mercun la kata kan . 

Akhir kata ... 

Sempena Ramadhan Al-Mubarak ni , jom la kita sama-sama banya kan amal ibadat k ? sebab bulan ni je la chance untuk kita cover salah dan silap kita yang lepas-lepas . Ye laa , Syaiton NirRajim semua dah kena ikat so tak ada la kita ni diganggu mahupun dihasut kan ? Kalau ada pon sebarang kesilapan yang dibuat tu semua mungkin bergantung kepada nafsu kita . Nafsu tak boleh ikat dek tapi hanya boleh dikawal .Sekiaaan ....