Wednesday, November 30, 2011

Saya rajin ; saya buat (day 7)

Assalamualaikum ..

Question 7A photo of an animal you’d love to keep as a pet.


*cilok gambar ni kat fesbuk abg aswat n_n
Nama kucing ni Berry . Kucing ini kepunyaan sepupu saya.


Hurmm .. aku teringin nak bela kucing . Teringin sangat . Nak-nak plak kucing jenis bulu lebat macam si Berry nih . Tapi apa boleh buat , dalam rumah ni wujud nya manusia yang alergik dengan bulu kucing . Manusia tu ialah Najmi , adik aku . Bagi menjamin demi kesihatan dia biar berpanjangan aku terpaksa la akur .

Aku paling suka belai kucing . Main bawah dagu dia sampai dia stim eh tak .. tak sampai dia mengantok ihhik . Lagi best kalau kucing tu jenis nakal , keja nak main ja .

# haihh .. kalau la sekarang ni dah keja , dok umah sendiri kan best .

Tuesday, November 29, 2011

He sapraiss me !

Assalamualaikum

First of all , Hana nak bagi tau waktu Hana tengah menaip ni , sambil Hana layan lagu Ombak Rindu . Sumpah syahdu lagu nih . Nyanyian Hafiz #nano Feat Adira . :) Hana suka panggil Hafiz nano , dunno why . Fullstop !

Refer from the title above , 'He' tu merujuk kat siapa yea yea ? abah kah ? adik laki ku kah ? pak cik ku kah ? kahkahkah . Semua tu bukan yang aku maksud kan . He tu merujuk kepada encik bf ku yang *teet*.

Haishh rasa macam tumbuk-tumbuk je pipi dia bila ingat balik apa yang jadi 4 hari lepas yakni hari Jumaat .  Khamis , Hana diberitahu thru Fesbie yang dia nak balik sini hari Jumaat . I'm happy for that lah . Then , keesokan hari nya hari jumaat , Hana text just nak confirm .

Me : Jadi balik sini ?
He : Tak , banyak keja lagi nih . Penat laa .
Me : # hampa + kecewa sikit . Okai .

Sehari Hana macam tak ada mood langsung . Keesokan hari nya pulak , hari Sabtu . Dia text bagitau yang dia dah ada kat Penang . Huhh -.-' baru ku sedar rupa nya aku di praankkkk ! saparaisss la konon nye nih . Sehari tu plak , Hana tak text dia sangat sebab tau maybe dia keletihan .

Hari Ahad , pagi-pagi receive inbox from him . Ajak makan-makan kat rumah tok nya . Perasaan bercampur-campur time nih dah macam nasi campur . First, seronok pasal nk jumpa beliau second segan sebab tok dia buat untuk family-family nye sahaje . Bila confim betul-betul, kata pakat sudah dicapai , Hana tak boleh join sebab Hana ada plan nak keluar dengan family . Hurmm , sama-sama kuciwa .

# Compare dengan hari sabtu hari ahad ni la paling tak seronok . Pasai dok ingat memang tak boleh jumpa langsung dah . Nasib beeik la dia pandai pujuk . Rasa nya tak perlu la Hana bagitau apa yang di text oleh nya hingga membuat kan hati Hana cair macam coklat cadburry cair bila kena cahaya matahari ek . Rahsia ~

Keesokan hari nya , Isnin . Dia ajak Hana keluar. Huhh , minta green lite kat ma . Alhamdulillah , ma faham dan benar kan Hana keluar . # baku nya ayat . At first , hantar kakak dia pergi jeti .
Then , baru lah aktiviti kebiasaan kami . Jalan-jalan cuti mata and buy some his toiletries kat Carrefour .
Oleh disebabkan dia kena balik Shah Alam hari tu jugak dan dia menumpang dengan member , so kena rushing sikit . Lepas je beli apa yang patut , kami terus balik . Tak sempat nak makan . Perghh time nak balik , bagoi punya dia dok speed . Bontot hana ni dah tak lekat kat seat rasa nya . Takut punya pasal .

Alhamdulillah , selamat jugak sampai rumah . Dan konklusinya , Hana sempat bagi cadburry coklat kepada beliau . Memang janji nak bagi . ihhik . love him much . muaah

Thursday, November 24, 2011

hantu cleaner ....

ASSALAMUALAIKUM 

haihh -.- entah kenapa hari nih kan aku rajin sangat  # ecehh , perasaan 
Tiba-tiba kan hantu cleaner mana tak tau resap masuk dalam body aku nih .
Aku jadi rajin semacam nak cuci toilet . Diulangi cuci toilet tahap max !
Habis lantai , celah-celah mozek , sink , toilet bowl aku sental .
Actually , toilet aku tak ada la kotor sangat pon , 
cuma aku semak mata tengok ada tough stain tahap gaban tu .

Lepas aku gotong-royong sorang-sorang bersihkan toilet mewah aku nih , 
dengan rasa bongkak nya aku rasa toilet aku paling bersih . 
Bersih tahap toilet Hotel Hilton u know ?
hihihi ..Gini la ghupe bila dah tak tau nak buat apa . Semua benda nak dibuat tanpa disuruh . 
hmm , sama-sama kita tunggu hantu apa plak nak resap masuk dalam badan aku lepas ni eh ?

#Harap2 la hantu chef plak ;)




Saturday, November 19, 2011

Saya rajin ; saya buat (day 6)

Assalamualaikum ..

Question 6A song to match your mood.

Memandang kan mood aku sekarang ni tengah susah hati . Susah hati ? yess , because i'm just finished MUET test . Serius cakap aku macam nak pergi duduk balik dalam bilik peperiksaan tu , lepas tu nak jawab balik essay tadi yang aku tak sempat nak karang habis . Rasa macam nak menangis pon ada nih .

Haihh -.-' tunggu je la result yang bakal menyusul tahun depan . Ada kah aku bakal memperoleh band 
1 ? band 2 ? band 3 ? atau band 4 ? #puihh band 4 memang tak la -.-' ......  


So , bagi menenangkan jiwa dan raga aku yang beragu-beraga ni , aku rasa lagu ni sesuai kot.

tenang kan .. kan .. 

Friday, November 18, 2011

We will miss you :')

Assalamualaikum ..

Jumaat-November 17 , 2011  merupakan hari terakhir sesi persekolahan 2011 seperti yang dah sedia maklom . Kira esok nya budak-budak sekolah dah start cuti la selama lebih kurang sebulan lebih kot . Cukup lah cerita pasal cuti ni sebab aku dapat rasa yang aku bakal menanggung kebosanan tahap melampau . Kerja ? memang tak la  . Lagi pon sebulan ja . Ada ka yang nak amik ? hmm -.-' jadi surirumah la nampak gaya nya .

Bukan tu yang aku nak story sebenar nya yea . Tu Muqaddimah je . ihiik . Actually , motif utama yang aku nak post ialah hari ni jugak merupakan hari terakhir kawan seperjuangan yang baru nak rapat bersekolah di Smk Simpang Empat ni . Dia bakal meneruskan pembelajaran masih di Tingkatan 6 tapi di sekolah lain iaitu di Smk Tun Syed Sheikh Barakbah . Hmm maybe dia ada sebab-sebab tertentu kenapa dia nak pindah ke situ .

# dari tadi dok 'dia' ja kan . Lupa kasi tau nama . Sorry n_n

Dia yang aku maksudkan ialah Nursyazleen # leen sorry kalau salah eja nama hang . Apa yang aku boleh bagitau selama berkawan dengan dia eventho tak sampai setahun , dia ni seorang yang saangaat rajin # kembang sudaa leen huhu . Serius , dia rajin . Suka berkawan dengan dia sebab dia ni jugak seorang yang ceria plus otak pon gila-gila . Aku paling suka tengok tulisan dia . Maybe orang lain tengok nampak macam tak kemas plus dia sendiri mengaku haha tapi I like ! Aku pernah try pegang pen cara dia konon-konon nak tulisan macam tu tapi tidak berjaya :'( Nampak gaya Leen sorang je la yang boleh buat tulisan macam tu  .

So, tadi orang yang paling sedih sampai menitiskan air mata lepas tu hidung merah macam badut is Syahirah Nasir , junior kami yang sangat la rapat . Bukan dia je Anis Annura pon sama . Dia ni plak kawan baik aku dan Leen . Si Syahira tu siap suruh aku pujuk si Leen lagi supaya jangan pindah . Adoi laa, sayang betul dia kat Leen kan . Aku pujuk dia tadi . Banyak jugak la ayat-ayat manis yang aku lontar kan kat dia . Huhu . Then , bila time nak balik tadi semua pakat bersalam-salaman la dengan Leen . Ni part paling menyayat hati . Awal pagi bukan main ceria lagi siap bergelak bagai then sesudah je bersalam , merambu je ayaq mata dia :'(

Leen a.k.a mata duitan n_n

Leen , bila dah ada kat sekolah baru nanti jangan lupa kami yea .
Rajin-rajin la contact .
Lepas ni , tak da dah la orang yang nak share pasal blog kan ?
We gonna miss you ..
Good luck , may your life filled with love and joy

Thursday, November 17, 2011

Saya rajin ; saya buat (day 5)

Question 5 | What makes you different from everyone else?

atau dalam bahasa ibunda nya . Apa yang membuatkan anda berbeza dari orang lain ? glupp beza dari orang lain ? lain macam je soalan nih . huhu . Actually , aku faham aih kehendak soalan nih . Tersirat betul kan .

Ermm apa ek ? -.-' Ok lah , setelah diteliti , dikelebek , dinilai aku rasa ada kot .

(1) Boleh buat telinga bergerak tanpa dipegang
Faham ? kalau faham thumb's up untuk kamu . Aku rasa kawan-kawan baik aku sendiri tak tahu menahu pasal nih . haha . Macam Mr. Bean nih . Tengok eh ..


(2) Ketawa yang unik .
Ramai cakap aku kalau ketawa macam orang semput . Macam mana nak bagitau eh -.- Ok gini . Bila aku gelak , yang penghujung tu aku suka tarik ke dalam macam orang semput tu . Biasa tengok tak nih orang semput macam mana ? Adoii susah la . Faham-faham sendiri lah . Hehe . Bukan dibuat-buat tapi natural . Dalam tak sedar kalau aku ketawa tak hingat , mesti jadi . Agak huduh jugak la anak dara ketawa macam tu . huhu akan aku perbaiki kelak .



Wednesday, November 16, 2011

Saya rajin ; saya buat (day 4)

 Assalamualaikum .. selamat pagi

# hari ni skip sekolah pasal aku tak berapa sihat . shhhuut -.-' jangan bagitau sape2 eh .

Question 4 |
Your favorite photograph of your best friend.

Excited nak jawab soalan nih n_n nak tau sebab apa ? sebab me and my bestfriends , semua nya gila bergambar . Tak kira mana penjuru , mana pelusuk WAJIB bergambar . Thanx Farah Hazwanie ♥ . Dia la paling banyak bagi sumbangan tenaga dan harta yakni kamera digital nya untuk mengabadikan kenangan kami bersama .


ni masa sukan last year kat stadium batu kawan . see ? siap baring  ..


masa kat USM . # banyak kerengga kot time nih ..


19 Mac 2011 first time dapat keluar hang-out bersama
# dalam fitting room pon boleh jadi n_n .


23 Mac 2011 , Rabu - hari nak ambil result SPM :)


cute nyee tengok pic nih . # 1 Malaysia ;)


love them much ..


purpleyish girl ..
dari kiri : Maya , saya , Atiey , Nia and Ana


aku paling suka pic nih . dunno why .


Err tak puas la , nak upload lagi ! -.- Banyak lagi picca-picca yang aku rasa aku patut upload kat sini . Serius baanyak sangat . Tapi apa kan daya , kang aku upload sume takut jari jemari hangpa tak larat nak scroll down ja . ihhik

p/s : farah oi , lama nya tak berphotog kan . Aku rindu -.-
'

Tuesday, November 15, 2011

Saya rajin ; saya buat ( day 3)

Assalamualaikum ..

Question 3 | Your idea of the perfect first date.

(.--) huhh unik giloz soalan ni . Neway , aku akan cuba jugak jawab secara tulus ikhlas eh .ecececeh . Actually , tak ada apa-apa idea pon untuk keluar dating buat pertama kali nya dulu-dulu . Ye la , mula-mula nak jumpa kan mesti la shy-shy monkey sikit plus exhausted . Tak ada nya nak plan , melainkan siap lawa-lawa ja . Senang cerita nak from head to toe semua nya perfect . Betoi tak ? kalau betoi kasi jatuh lu punya kapla ihhik n_n

(1) Plan pakai baju sama warna :)
#sayang nya aku tak buat pon masa first date dolu . Tapi , pernah sekali date untuk kali ke berapa entah kebetulan pakai baju warna sama yakni warna pink

Standard la kan . Maybe ni sedikit sebanyak membuatkan kita mahupun pihak dia ingat sampai bila-bila . Nak-nak pulak manusia yang sentimental macam aku nih .

(2) Mendaki bukit .
Tetiba boleh terkeluar idea macam ni . Memandangkan aku ni jenis suka buat aktiviti lasak , hicking , flying-fox apa semua bagai aku rasa aktiviti ni juga boleh buat untuk first date . Ye la, masa mendaki tu mesti la si girl need more attention kepada si boy kan ? and pada masa tu lah , nak tengok either si boy tu care ke tak . Contoh si girl terpele'ot kaki . Haa time tu la nak tengok si boy in action kan ? kan ? Lagi best bila sama-sama dapat sampai the top of the hill .  huhh

(3) Lepak-lepak tepi pantai .
Wallaweh serius cakap aku suka kalau ada moment macam ni . Tengok nature ciptaan Allah yang sangat la cantik dan indah ditambah plak bunyi ombak , dengan angin nya # cepat feel weih .. tenang kan ?

(4) Makan-makan
Haa aktiviti wajib la ni khhaan ? tak sah kalau keluar then tak makan-makan . Time ni la tengok siapa yang nak belanja siapa sebenarnya huhu. Bukan tu je , sambil-sambil makan tu boleh la tau apa peberet food masing-masing . Ye la , dah dok kat kedai makan buat pertama kali nya , tak kan nak sembang pasal itik ayam belakang umah tok plak kan ?


Itu saje idea yang tak seberapa dari aku . Ada sebarang komen ? tak pa , tak pa , aku tak mahu komen dari mu . Kemam je la komen tu yer ihhik . Bubyee .

Wednesday, November 9, 2011

Pertandingan Kokurikulum Akademik Pra Universiti

Assalamualaikum ..

Huhh *menarik nafas lega* . For what ? sebab lega lorh . Dapat ? mesti tak dpat lagi kan heheh saje je lah aku nak buat otak hampa kusut skit masa baca entry aku nih . huhu soey ek . Ok Ok straight to the point terus k ?

Hmm , lepas practice berhari-hari kadang sanggup stay back kat skola smp ke petang , korban waktu pmp  # cewaah padahal memang penyegan nak masuk kelas . ihhiik :P      akhirnya aku dan team sketsa yang lain merangkul naib johan dalam pertandingan drama sebabak and and and , aku memenangi pelakon perempuan terbaik hewhewhew n_n . First try ni …. Alhamdulillah (--,)

 # Prof Madya A.Razak Mohaiden saya sedia berkhidmat untuk anda hehe ..hikhik

What the big surprise ! aku betul-betul tak sangka boleh dapat tempat kedua sebab sekolah lain semua super duper best habaq pi kat hangpa compare sketsa team aku . Sumpah tak tipu . Lepas je bersketsa tu , memang sebulat hati aku tak mengharap langsung untuk memang walaupun tempat ke-tiga .

Ok , meh sini aku bagitau apa yang kami lakon kan eh . Drama kami bertajuk Puteh VS Si Bongkok .
Kira drama ni gabungan dua drama melayu la . Bawang Putih Bawang Merah dan Si Bongkok kot . Aku pegang watak Si Puteh huhu .

# tak larat la nak bagitau jalan cerita , berkajang entry ni nanti . bagi hence macam kat atas ni ok kot no . maaf . 

Dipendekkan cerita , aku mengucapkan jutaan , billionan , trillionan haa kira tak terhingga la nih kepada cikgu yang conduct sketsa ni iaitu cikgu aida *single lagi babe . Terima kasih cikgu ……. Dan tak lupa juga untuk kawan2 lain . Eventho , bukan johan tapi we did it . Yeaah !


Saturday, November 5, 2011

sehari bersama ♥

Nak tau tak ? semalam encik bf balik penang lorh . Just for 3 days . Aku happy n_n walaupun sekejap .

Then , tadi kami spend time sehari . Nak lepas rindu la kira nya ni . Bila fikir-fikir balik , baru kali ni lah dating paling lama . Ihikk . Dari pagi sampai la ke petang , letih penat tak hengat . 
# oh ya , encik bf saya demam laaa .. kata nya dah seminggu . siap bawa ubat lagi time keluar ni . kesiiiaaaaan die :(

Dia datang ambil pukul 1030 am . Perasaan masa ni dag dig dug sangat . Elok masuk je masuk dalam kerata masing-masing lawan senyum . Rindu weih . Huhu ^_^ Then , masa on the way nak ke penang , kami kena redah jem . Ya Alllah , jalan punya la jem . Bayang kan 1130 masih stuck dalam traffic jem .

Berbekalkan kesabaran akhirnya sampai jugak penang dalam 1215 pm macam tu hiuhh -.-' . Disebabkan penat tunggu dalam jem tanpa ada bahan untuk mengunyah hehe plus dah masuk tengah hari plak tu kan . Perut ni dan-dan bersenandung mak limah . Makan time at Restoran Kapitan berdepan dengan QB . 

Serius cakap eh , walaupun aku ni ada darah India belah abah . Aku tak fanatik sangat dengan makanan yang sinonim dengan diorang yakni kari . Bukan tak suka , tapi kureng . Tapi apa boleh buat , perut ni lapar sangat dah ku bedal jua . huhu . Sayang nya , dia tak makan sekali sebab sakit gigi . Kesiiiaaaan lagi L

Perut pon dah kenyang , hati pon senang . Yea , baby hana kenyang sudah :)

H : nak pi mana plak nih ?
M : #terkejut 2 saat dengan soalan tu . Eh , mana hana tau . Ikot la ..
H : #senyum senget  .

Hmm , ntah apa la dia fikir waktu tengah senyum gitu . Vroom punya vroom punya vroom rupa-rupa nya dia nak bawa pi 1st Avenue . Ni tak ada sebab lain mesti nak supink barang dia . But before supink macam biase lah exercise kaki ni dulu . Jalan usha-usha barang . Perghhh tengok Ipad yang nipis  tak hengat tu . Ipad 2 kot . Punya la cantik . Harga jangan tanya la . Teramat la cantik . Then , tengok segala adik beradik ‘I’ yang ada kat situ . I-Mac , Ipod touch bla bla .

Puas cuci mata , masuk Parkson . Supink time ! encik bf rembat wallet Kickers . Itu sahaja yang disupink beliau . Hahahaha ..

Then , masuk Perangin Mall plak yang bersebelahan je dengan 1st Avenue tu .

Lakukan aktiviti yang sama . Jalan-jalan cuci mata . Tapi berbaloi during whole day ni , tak ada siapa-siapa ganggu means tak ada orang call , mesej pon . Kalau time dating sebelum ni  , ada ja . # Jangan la kacau kami nak dating-dating. ehe .

Jam menunjukkan pukul 400 pm . Awal lagi kalau nak balik pon plus , giliran perut dia pulak berdendang merdu .

Back to QB again haihh -.-' rajin beno dia berpatah-patah balik nih . Pekena Mc'D . burrppp kenyang sopan :P Lagi sekali , jalan-jalan cuci mata . # letih la sayang -.-

 # hari ni memang perut aku sangat la bertuah , macam-macam aku sombat sampai nak termuntah .

Lepas round punya round sampai kaki ni rasa macam nak tercabut habaq hang  . Kami mengambil kata sepakat untuk pulang . Alhamdulillah , taffic smooth atas jambatan .

tapi ... jeng jeng jeng sampai ja highway Juru , jem teruk laaa . Yang aku heran tu jem teruk nak menghala ke selatan . Yang nak menghala ke utara ok je .
Patot nya , nak raya ni traffic nak hala ke utara la yang kena jem teruk kan ? ni terbalik pulak dah .

Aku ok je time ni even mengantok sebab hujan dicampur plak dengan sejuk air-cond huhu , tapi  kesian dekat dia la dengan demam nya stuck plak dalam jem . Aku tahan untuk tidak tidur , teman dia . Bual-bual bagi elak bosan . Yang best nya time ni , kitorang lawan menguap tau tak . Dah macam badak air daa  Hahahahaha ..

Finally , sampai jua . Hurmm , agak kurang seronok. Sebab esok maybe tak boleh jumpa . Yea la, sibuk dengan raya Haji . Lusa plak dia nak balik Shah Alam  dah . Sebelum turun dari kereta aku salam dia , then sempat cakap bye je . Haduii . Neway , thanx a lot to him . Love u bie :')

Hikmatullah -.-

Assalamualaikum ..

Masa berganti masa , hari berganti hari kita selalu dihimpit dengan perkara yang kadang kala membuat kan kita tekanan dan ada kala nya membuat kita gembira yang amat . 

Yea , past few days macam-macam benda jadi kat aku . Sehinggakan aku mengalami kemunguran yang agak teruk jugak la . Pantang duduk sorang-sorang , cepat je air mata ni mengalir . Tu tanda nya aku tension sangat . Enough !

Aku tahu ni adalah dugaan dari Allah untuk hambaNya . Makna nya Allah sayang kan aku  .  Dengan cara macam ni lah untuk aku terus ingat pada Dia . Then , otomatik aku akan berdoa untuk memohon keredhaan dan jalan yang terbaik dari Nya -.-'

Aku setuju dengan kata-kata ni ..
" perasaan manusia pon macam roda jugak , hari ni kita sedih .. esok kita happy "

Yea , apa yang aku boleh kata kan disini , sekarang perasaan aku kembali pulih means happy macam selalu lah . Tak nangis-nangis dah , tension-tension dah . 

Mungkin ada hikmah dari Nya  .. amiin :’)