Wednesday, December 28, 2011

bila nak berakhir ni .......

For sure la kan , aku dah lama tinggal aktiviti yang satu ni . Lama sangat . Yang dulu nya boleh dikatakan aku rutin la jugak . Nak tau apa ? ding ding ding ding dusshhh # bunyi drum weiih . hahaha

Confirm Friend Request .

Dulu # 7 ke 8 bulan yang lepas, kalau Log-In Facebook je benda kedua yang aku buat lepas check notification , check friend request ni lah . Kadang tu lebih dari satu then aku pon confirm secara membabi buta . Bila dok buat benda yang sama hampir setiap hari , setiap minggu tup tup tak sedar yang friend dah lebih dari 1000 .

Friends (1587)
# angka ni tak statik pon kadang terkurang , kadang terlebih

Sekarang , aku dah mula meluat sebab rupa-rupa nya friends aku ni banyak budak-budak . Yang friends request pon sama . Bila ada masa sikit , aku saje la view profile . Alahai 95'  96' 98'. Bukan sombong cuma aku rimas . Kang tah pape diorang punya update status . Ada la yang bajet hotstuff bagai .

So , bila ada friends request aku kena check dulu either bakal friend tu sebaya , tua dari aku or budak-budak . Kalau sebaya atau tua dari aku atau yang aku kenal , aku confirm . Kalau sebalik nya plak , aku tak usik . Biar kan . Tunggu la hang sampai hati aku terbuka untuk confirm ek . Kalau tak dinyatakan tahun dia lahir  , lagi senang aku buat donno je :)


sapa nak tolong aku confirm nih . -__-

Tuesday, December 27, 2011

manis nyaa jagung cawan ini ...

Assalamualaikum .

Memandangkan gaji ma dah masuk , so semalam pi Carrefour suping  some groceries . Entah macam mana masa ma terpandang kat packet jagung bijik-bijik yang mentah tu . Tiba-tiba ..

Ma : nak try buat corn cup la *sambil angkat-angkat kening kat aku
Aku : beli la . beli dua lah takut satu packet ni tak cukup . * ambil 2 packet boh dalam troli roda empat

Dengan menggunakan kuasa di hujung jari , aku tolong ma carikan resepi nak buat jagung cawan ni .klik ! Alahai -.- lepas diteliti , diamati , difahami dan banyak di- lagi tak la susah sangat pon . Senang sangat . Simple as alif , ba , ta . Aku rasa budak sekolah rendah pon boleh buat . Cuba lah :)


Monday, December 26, 2011

super holiday (last part )

#hpe ada lagi yang follow kisah cuti aku yang makan masa ni . haisshh .. seksa nya nak abes kan . okay2 . come on bebeh . last part ni !

Then , kitorang terus gerak pi Kolumpo . Bermalam kat Selesa Inn betul-betul berdepan denagn Maju Junction . Macam biasa lah , kalau da sampai KL ni tak sah la kalau tak round-round kan ? actually , tak round sangat la . Cuma jengah tempat lama aku kat Kem Kementah .

Pergh , menggamit nostalgia seyh . Rasa sebak plak , sebab tak sangka abah nak bawa tempat aku main polis-polis , cikgu-cikgu segala , tempat aku kenal abjad A sampai Z (tadika) , tempat aku kenal huruf alif sampai ya (sekolah agama ) . Sempat la snap gambar sekolah rendah aku iaitu sk desa tun hussein onn .Warna bangunan maintain :)

Then , da sampai waktu untuk makan malam . Kami just makan-makan kat area Taman Kosas , Ampang . Huhahuha sampai la ke lewat malam . Lepak plak dekat area belakang Istana Budaya #tak ingat apa nama tempat . Sorry :( .

#  pukul 12 berapa minit ntah yakni masuk 20 Disember ,  encik bf call :) love him double triple 

Esok pagi , had our breakfast . Then , kemas apa yang patut sebab nak balek penang sudeyy . Hmm , but before tu kami singgah jalan-jalan kat Bukit Bintang . Snap snap and pose pose dekat Pavi , masuk Low Yat jap . Bangga sebab dapat jugak pergi tengok and jejak sendiri kat Pavi tu . Unbelieveable ! # jakun , padahal tak supink apa pon .

Puas berjalan semua , we ride to Penang . Aku tabekk kat abah , dia langsung tak rasa penat mahupun letih . Hmmm , tabekk springggg . Okey , that's all lah . Lega nyaa dapat habis . hahahahahahaahaha .

Thursday, December 22, 2011

super holiday (part 4 )

# masyAllah ingat kan dah habes dah -_- rupa nya ada lagi .

Heyy , jangan la merungut-rungut . Untung aku buat post time holiday ni secara berepisod tau . Kalau aku buat esei berkajang macam mane ? muntah hijau korang , silap-silap tak jengah terus blog aku ni kot . Chill eh n_n

Isnin , 19 Disember . Lepas having our breakfast , mandi-manda kat kolam , jalan-jalan kat tepi pantai abah decide nak check out .

abah : nak pi mana plak ? balek penang terus ke nak drop kat KL ?
aku : # dalam hati meronta-ronta bagai nak rak suruh abah singgah KL . tapi aku cuma lagak cool -__- konon nyee la .
adik-adik : nak pi Keeee eeellll .
aku : # nak lompat , nak kata hooreeeyy dalam satu masa yang sama bagai nak rak .

Sebelum pi KL , abah nak round-round pekan Seremban .

Okey , time ni aku paling EXCITED and aku highlight kan as best part . You know what , bila aku dengar ja abah nak makan tengah hari kat Seremban , aku terus bagitau kat abah yang aku ada kenalan (balqis) kat area sini . Means , kalau boleh nak jumpa la .

Paling aku tak sangka , abah sporting babe . Siap lalu dalam Hospital Tuanku Jaafar Shah tempat Balqis kerja . Serius besar giloz spital tu . Aku pon apa lagi , gapai hp ma call gelprenn ever aku ni .

For short , kami jumpa jugak untuk kali kedua . Hug gila kuat , rasa macam lepas rindu dendam aku kat dia selama ni yang cuma contact thru Facebook and talipon ja . # Qis nak hug lagi :(

Kesian jugak la actually , dia sanggup redah jem just nak jumpa aku sehidung-hidung tau . Love you Qis . Kalau tengok kat gambar memang cantek , tapi bila real lagi cantek . Aku jeles tengok hidung dia . Huhu . Sayang nya , kami dapat jumpa kejap ja . Hurmm .

# time jumpa Qis ma over shadow aku tau , mentang-mentang sama profession and department (Emergency and Trauma ) cuma hospital lain-lain -__- . Depa borak tak hengaat  . Hehehe

Sambungan ......

Wednesday, December 21, 2011

super holiday (part 3 )

tun tun tun , tuan-tuan dan puan-puan kita akan mendarat di Port Dickson kurang 5 minit lagi . # macam betul je kan , padahal tak pernah naik flight pon :P Okey , dari Teluk Batik nak ke PD tak la jauh sangat . Ada la dalam 3 jam kot .

Rupa-rupa nya abah tak tempah lagi bilik untuk bermalam kat PD ni . So , what we gonna do ? even abah arif pasal jalan-jalan area PD , tak bermakna abah tahu which one hotel yang terbaekk untuk bermalam walaupun satu malam . Mengikut suggestion kawan abah Bayu Beach Resort ni memey terbaekk dari kandang lembu laa . Untung la ada Papago ! kalau tak da dia , kompom sesat .

Tak sia-sia ikut suggestion kawan abah , ternyata resort ni besst sangat . First , dekat sangat dengan pantai . Second , diorang sedia kan bekpes utk esok pagi . Third , bilik dia selesa sangat .

For short , PD memang AWESOME ! . Kalau tak silap masuk ni da dua kali kot aku pi PD . First , masa aku kecik-kecik dulu . Second , sekarang ni la . No wonder aku akan pergi PD lagi lepas ni , nak tau sebab apa ? hmm sebab nya aku tak dapat naik banana bot T_T . Rugi kan ? dah sampai tapi tak merasa benda alah tu .

Oh yea , kebetulan masa kami pi sana hari ahad hari yang sama untuk hari penutupan Pertunjukan Tattoo Tentera Darat (ATM) di Kem Pusasda , Port Dickson klik sini . Aku pernah tengok pertunjukan macam ni masa diorang buat kat Stadium Bukit Jalil tahun 2000 kalau tak silap .

Tuesday, December 20, 2011

super holiday (part 2 )

Masih kat Teluk Batik . Okey , bila mai malam plak . Kami ada makan malam and ada la selit-selit sikit acara macam karok , cabutan bertuah apa bagai . Sampai la ke lewat malam -__- . Then , zzzZZzz .

Esok nya plak , ahad 18 Disember . Pagi seawal jam 8.00 ada senam robik , poco-poco pon ada .

**Di manakah aku sedang ibu-ibu bapak-bapak yang lain sibuk memeluhkan ketiak masing-masing ?

Hurmm aku bersenam atas katil laa . Rugi nyaaa tak dapat join >.< Ni semua gara-gara aku tak dengar bunyi alarm . Okey , aku mengaku salah aku . Dah la , tak mau la ngomel panjang pasal ni kang aku gigit jugak laptop ni lumat selumat-lumat nya #geram punya pasal .

Then , lepas dah panas kan badan , bekpes semua masa untuk aktiviti bebas . Nak tau apa dia aktiviti bebas tu ? actually , aktiviti ni depend la either nak soping2 ke , nak lepak-lepak dalam bilik ke , nak mandi kolam ke bla bla bla ke . Dengan sebulat perut aku dan family pilih untuk mandi kolam . Bedeshhuuumm bunyi pak cik gemuk terjun kolam . hehe bukan aku eh , kalau aku lemah gemalai sikit . Turun kolam ikot tangga yang disedia kan .

Basah pi basah mai , sampai kulit pon dah bertukar warna kami decide nak check out awal , pukul 12 tgh/h . Awal sikit dari family-family lain sebab nak pergi next destination pulak ! nuunn ke POrt Dickson .

sambungan ......

Saturday, December 17, 2011

super holiday (part 1 )

Asslamualaikum .

Sambil dok taip ni sambil perut berkeroncong pasai lapaq sangat . And sambil aku boring . Yess , boring sebab tak tau apa nak buat selain dok landing atas sofa tempat aku dan family menginap ni di Lumut Marina Cove Resort . Ohh yea , btw nak bagi tahu yang kami dah selamat sampai di Teluk Batik . Alhamdulilah :) Setelah beberapa jam lama nya sampai sakit pinggang2 ni tau .

Actually hari ni dan esok kira family day la untuk kelab kereta yang abah join klik sini . Happy sangat sebab dapat meet balek dengan semua family . Ada yang datang dari selatan which is dari Kolumpor , Rawang , Johor pon ada kalau tak silap . Utara pon ada . Kereta yang berdaftar ada la dalam 60+ biji kereta . Ce bayang ce bayang -__- panjang kot masa konvoi nak mai resort ni . Bagi aku dah tak jakun sangat , sebab sebelum ni pon pernah konvoi ape ? ce tgk post aku yang lame ni klik sini . Bukan tu je , banyak lagi cuma aku ja malas nak post . Sorry :)

ok lah , perut rasa lapaq sangat ni . Apa-apa nanti aku update lagi k ? byee

Friday, December 16, 2011

Friday morning :)

Assalamualaikum .

Btw , hari ni pagi-pagi dah ada orang bagi aku semangat . Semangat untuk aku buat kerja-kerja rumah macam mop lantai , sidai baju , dan bla bla bla . Nak tau sapa kah gerangan nya ? jeng jeng jeng orang tu macam biasa lah encik bf ku . Dia tolong kejut kan . Pukul 6.30 pagi dia call . Thank you bie . Actually , aku yang suruh dia buat macam tu . Bukan apa , aku tak yakin sangat yang aku ni boleh bangun dengan bunyi alarm je . Haishh teruk kan ? bunyi alarm pon susah nak bangun -__-

|Kenapa yang semangat sangat nak buat kerja-kerja ni Hana oii siap suruh orang kejut awal-awal pagi bagai ?

Hmm , ni nak habaq bagi . Motif aku bangun awal hari ni adalah first, ma shift pagi so aku la kena buat kerja . Then ,  aku nak clear semua kerja sebelum pergi bercuti-cuti-cuti esok . Maybe sampai Selasa InsyAllah . Sabtu dan Ahad kat Teluk Batik . Ahad sampai Selasa dekat Port Dickson .

# kalau tak ada apa-apa aral , aku nak jumpa Balqis . My Gelpren everr .. InsyAllah :)

Haizz . dah nak habis cuti sekolah baru dapat pergi holiday . Serius , aku cemuih dah dok rumah . Asyik buat benda yang sama tiap-tiap hari . So , bila dah dapat bercuti nanti rasa kureng la sikit tension nyee . InsyAllah nanti aku post gambar-gambar during holiday nanti ek .

Tuesday, December 13, 2011

ma dah balik .. yeay ..

Assalamualaikum .

Tak mau berkias-kias la straight to the point terus . Actually , dah dua hari ma kat umah tapi baru hari ni mood rajin nak taip ni mai :)

11 Disember - aku , abah dan adik-adik pergi jemput ma kat Jeti Kuala Kedah . Ambooi , tak tau nak describe macam mana perasaan masa nampak wajah ma . Nak nanges kot . #apa la aku nih -__- tapi tak nanges pon .

Then , makan-makan . Time ni plak , paling buat aku lemaih perut . Malu pon ada rasa nya .

Biasa la , bila dah lama tak jumpa mesti ada ja benda nak dicerita-cerituk kan bersama . Adik-adik aku punya riuh nak cerita apa yang jadi selama ma tak ada kat umah . Itu la ini la . Tu tak pa lagi , masing-masing excited sampai volume tinggi melambung  . Rasa macam nak cubit ja perut sorang-sorang .

Ma plak aku tengok macam nak pengsan dengar depa dok potpetpotpet . Tapi disebabkan kesian ma layan kan juga . Ini la yang dinamakan sikap murni seorang insan yang bergelar ibu kan ? letih macam mana pon , tetap layan pe'el anak-anak . 


makan-makan kat Gelas Besar Food Court , Permatang Pauh .

For short , ada jugak la stuff yang ma bawak balik . Coklat tu dah semestinya . Kalau pergi untuk event LIMA sehidung-hidung , wajib beli stuff sempena event yang grand tu kan . Ma beli t-shirt LIMA untuk abah , aku dan Najmi . Then, ada la model jet and helikopter yang saiz nye cenonet je .

#oh yea . semalam 12 Disember 2011 . Hari anniversary ma abah saye le .


Saturday, December 10, 2011

baru lagi ..

ambooi , warna-warni nya blog kami . Huhu 
memang ceria sungguh blog aku ni noh ?
sama ceria dengan mood encik bf aku tadi masa call dia .
seronok aku dengar nada ceria macam tu . Love u bie 
ok balik pada yang asal . Kalau boleh bila dah ada rumah sendiri nanti , aku inagt nak cat dinding dengan colour macam kat background blog aku nih laa ..

# boleh ke ? dah macam kintergarden daa -__-

Tuesday, December 6, 2011

damn la ..

rasa macam nak patah-patah kan ja 
memory card hp aku ni tau tak ??
dok tak dok abis gambar encik bf hilang !
argghhh >.<


Monday, December 5, 2011

hanya kamu .. kamu .. kamu ...

Mohamad Shawal  aku rasa dia ni lelaki yang betul-betul berjaya menambat hati aku . Macam sesetengah orang mesti akan ada seseorang yang buat dia berubah . So , bagi aku dia ni lah manusia yang berjaya mengubah sikap dalam perhubungan yang dulu nya suka main-main , cukup susah untuk setia , ego , cepat jemu . Lagi sekali aku ulang itu semua DULU . Sekarang tak lagi .

Betul apa orang cakap , kita tak boleh cakap takbur sebab satu hari nanti apa yang kita yea-yea kan tu tak menjadi atau tak diizinkan oleh Nya . Tapi aku tak ada niat untuk cakap takbur , sebetul nya aku jujur yang aku sekarang dah berubah . People must change kan ? :) 


Aku tak rasa jarak antara umur menjadi 'big deal' dalam mana-mana perhubungan . Macam kami , dia 21 tahun dan aku plak 18 tahun . Langsung tak ada apa-apa problem . Yang penting dia boleh masuk dengan cara aku , aku pon boleh masuk dengan cara dia . Hey , ingat senang ke nak cari partner yang tak sama umur then boleh 'ngam' dengan kita ? Alhamdulillah , dia macam tu . Sempoi :) 

Dan disebabkan tu lah aku jadi lebih matang . Ada ja part-part yang secara tak langsung dia suruh aku fikir panjang . Fikir untuk cari jalan penyelesaian kalau ada apa-apa masalah . Bukan nya untuk aku terus fed-up atau putus asa . Dia jugak tak lepas untuk bagi kata-kata semangat . Macam situasi aku sekarang ni yang bakal berdepan dengan STPM . Tak nafi , aku banyak kali stress . He's came as my motivator :)


Banyak lagi benda pasal dia yang nak aku coretkan disini . Tapi apa yang paling penting selain kat atas-atas ni is aku tak mau siapa-siapa ganti tempat dia . Cukup la dia sorang dalam hidup aku . Orang boleh cakap ..

si polan 1 : ala .... hang muda lagi ...nanti besok ada ramai lagi nak kat hang
si polan 2 : macam dah tak da laki lain ...


bla bla bla . terus kan cakap macam tu . Sesungguhnya aku tak marah pun . Aku cuma respon dengan senyuman sebab nya hanya aku dan Allah saja yang tahu betapa aku sayang kan dia . Aku sentiasa berdoa supaya hubungan ni diberkati oleh Nya ,berpanjangan sampai bila-bila dan hati aku sentiasa untuk dia dan begitu juga hati dia hanya untuk aku . and and and i wish that i can have a child with him . hukhukhuk n_n #kahwin dulu le ...

Sekali lagi berjauhan dengan ma ku .....

Assalamualaikum  , selamat pagi


Isnin- 5 Disember 2011
Dua benda yang jadi hari ni
First , hari ni hari jadi satu-satunya twin aku , Nurul Farhana Mohd Idris
# dah wish pukul 1 pagi semalam
Second , ma kena pergi event LIMA di Langkawi selama seminggu
repea ..pea..pea..peat seminggu babe .


So , semalam naseb baik abah outstation Ipoh
kira boleh la aku tidor bawah 'armpit' ma .
Serius , kalau abah outstation ja mesti aku amik peluang tido ngan ma .
Anak ma la kata kan . hewhew


Malam tadi , dua-dua beranak ni tak boleh tido .
bayang kan kami dok potpetpotpet sampai la pukul 3.00 pagi .
ada ja benda yang kami bual kan .


So , tadi pukul 6.00 pagi aku bangun untuk teman kan ma sebelum bertolak .
sebak weih bila salam then kiss pipi ma , ma pon kiss pipi aku balik .
even dok mamai lagi .
aku nmpak air mata bergelinang .


Hmm , jenuh la tanggung rindu lagi lepas nih
aku dah amek siap-siap baju and kain batik ma .
nak cium puas-puas sebelum tido huhu


p/s : ma siap pesan , jangan garang dengan adik-adik .. huh macam tau-tau je

Thursday, December 1, 2011

Saya rajin ; saya buat (day 8)

Question 8 | Your dream wedding.



Huhh lepas je post entry semalam then aku sempat ushar soalan yang bakal aku jawab hari ni . Boleh dikatakan excited jugak la . Mana tak nya , dream wedding tu . Semalaman tak tidur coz dok fikir apa aku punya dream wedding nih #auta , tidur lena ja. huhu . Last , aku fikir pasal kawen-kawen ni masa aku kecik-kecik dulu . Umur lingkungan 8 tahun , konon nye nak kawen kat hotel kaauu . Haihh -.-' tinggi betoi angan -angan aku time tu .


# tiba-tiba terkenang kenangan waktu silam , pernah jadi flower girl . Bos bapak sedara kawen . Pakai gaun warna silver and cream , tabur-tabur bunga ros . Bertempat di Dewan Felda , Merak Kayangan , Kolumpor . Rindu nyaa zaman kanak-kanak ku ....

Alright ! perkahwinan impian aku . Hurmm apa yea ? haizzz tergaru-garu aih nak taip nih . Sebab nya , aku sendiri tak pernah terfikir . Aku rasa aku dengan perkahwinan jauh sekali . Tapi tak salah kan kalau berangan-angan dulu . ihhik ..

# adooi la , kenapa la wujud soalan ni -.- buat aku rasa macam nak kawen cepat je tau .


(1) Black-purple-silver wedding

Memandangkan aku ni peminat setia kepada hitam , aku tak mau la perkahwinan aku nanti tema hitam ja. dah macam hape ntah . So , nak bagi tambah sweet dan romantis ungu dan silver ni paling sesuai .
I like



(2) Perkahwinan dalam taman

** kelasss kau Hana . Okey , aku tau konsep macam ni dah tak 'rare' . Dah banyak sangat orang kahwin dalam taman ni , bukan setakat retis-retis ja . Kenapa aku suka konsep ni ? sebab aku ni suka akan kehijaun , flora dan sama waktu dengan nya . Aku gila bunga bu the way . :)


(3) Rewang Kahwin

# gambar curi .
Hmm , kalau la bajet tak lepas nak wat grand-grand serupa kata atas-atas tu , aku pilih untuk buat kat rumah ja . Lagi afdal plus jimaat huhu . Lagi pon best ape rewang nih . Ramah mesra dengan sanak saudara . Mengeratkan ikatan silaturrahim . Lagi best kalau moment time rewang ni ada makcik latah . Huhh riuh saje .


Err tu je kot , kalau nak bagitau satu per satu pasal impian kahwin memang banyak dan tak terkata . Ada ja yang nak diangan-angan kan . Hitu hini la . Kadang tu tak terjangkau dek akal pon ada . Nama pon angan-angan kan . haha .


# Oh mama .. saya mahu kahwin
Kahwin dengan siapa .
dengan mista 'S' saye lerr ... lalala