Sunday, January 29, 2012

setelah sekian lama nya ......

Terima kasih kepada Dia Yang Maha Esa ..
Sebab memberikan peluang kepada aku untuk berjumpa dengan sahabat sejati ku ..

Amboooi intro bukan main , tapi seriossa aku terharu sangat . At last dapat jugak meet dengan kawan aku yang seorang ni . Eventho sekejap , tapi bermakna sangat .

Kenapa aku nampak macam excited eh ?

Nak tau sebab apa . Sebaaaab , kami ni kawan dari form 1 tau and sekarang ni kami terpisah jauh sikit atas sebab masing-masing sambung belajar . Dia dekat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang aku plak Tingkatan 6.

Alaa , KMPP bukan nye jauh sangat pon .

Yess ! memang kmpp tu tak jauh tapi yang aku cuba nak hangpa semua faham sekarang ni , kami dah tak boleh nak lepak sekali , ketawa sampai krem mulut sekali , senang ceriat apa-apa saja yang kami buat masa time sekolah dulu . Rindu weihh .. 

Alhamdulillah , even "walau jasad  kita terpisah jauh , namun hati kita selalu dekat " # up sikit lagu a..a..aishiteru please ^_^ . Farah ni still ingat aku , and she still sharing her problems with me . Aku pon macam tu jugak , ada ja benda yang aku cerita ceriti kan bersama . Sayanggg kau kaww kaww farah .

Farah Hazwanie Shafiq Chee nama diberi , orang nya bamm bamm comel sekali .. cecece berpantun pulak aku ni kan .


she's sooo loving by the way .. Ohh Astaghfirullah Hala'ziim aku lupa nk bagitau , dia bagi aku brooch . lawa seyh . Thank you yangg .. muaaah .

Friday, January 20, 2012

baucar buku 1 malaysia kini dalam genggaman ku ..

# lama nyaa tak hupdate .. bersawang itu sudah semestinya .. fuuh fuuh .

Okey , pagi tadi kami student upper 6 kena pi tuntut baucar yang amat bernilai ni kat SMK Tun Shed Sheh Barakbah . Wait seminit , hangpa jangan ingat tuntut baucar ni macam tuntut hutang tau . Nak tuntut ni pon siap ada majlis youu . Yang dirasmikan oleh Dato' Zainal Abidin Osman . Kenai ? memang tak la kan . Ce google eh . hehehe . Then , ada la upper 6 dari SMK Mutiara Impian and upper 6 dari tuan rumah sendiri yang turut serta .

Masa tengah beratur sebelum naik pentas untuk terima baucer
sorang student pompuan SMK TSSB tegur ..
"ni yang menang pelakon wanita terbaik tu kan ?"

Terkejut 1 saat . malu 3,4,5 saat
" haha .. tu dulu laa . Sekarang tak dah .."

-___- mana tak nya , sekolah ni la jadi tuan rumah pertandingan drama sebabak yang dulu aku pernah story dalam kat blog ni haa . Ingat lagi tak ? tekan sini . Kebetulan , dia pon ada bertanding sekali kot kalau tak silap aku la .
Then , terus beratur dengan penuh sabar untuk naik ke pentas .

Pukul 12.30 tengah hari . Baucar ni selamat ada kat tangan aku .
#sempat tengok jam  . heheh

Masa turun dari pentas nak menuju tempat duduk aku plak , ada la unknown voice dok panggil "..bawang putih .. bawang putih..." hahaha .. ketawa dalam hempedu aku dibuatnya .

So now , apa nak buat dengan baucar ni ? bila nak pi supink ? hmm Wallahu'alam . Kita tunggu dan lihat saje lah ye ..

Thursday, January 12, 2012

MUET ohh result (part II) ...

Okey first of all , hana bersyukur sangat ke hadrat ilahi sebab Hana tak dapat band 1 . Alhamdulillah -.-

I've got Band 2
# repeated
Band 2  !

Ohh Allah , what the heavy test You gave for me ? I cant face it T___T
Hmm macam ni la lebih kurang bila mana  nama Hana dipanggil untuk amek slip keputusan MUET tadi .

*teacher tunduk baca nama dalam list

“ Nuuurul Farhana binti Abdul Khalid ? come and get your result * tercari-cari aku

# yang  nuuurul panjang tu sebab teacher ni Cina so susah la nye tu nk sebut nama aku

*nebes gile :/ aku bangun sambil member2 lain dok  tengok  tak lepas pandang macam nak terkam aku pon ada . then pi kat meja cikgu

“ here your result  , please sign here “

* sign comey2  kat tepi nama , then  amek slip “

* nebes memuncak . jalan pi tempat duduk , tanpa bukak slip

Enough la . dah macam nak buat laporan kes  ape ntah dah ni . Macam tu la , bila dah sampai kat tempat duduk baru bukak . Yang membe2 lain dah macam cacing kerawet kepanasan kot time aku dapat result . Punya nak tau result aku ni haa .. amboih .


So sapa-sapa yang tanya  .
Aku angkat tangan "peace"  . Kalau xfaham lagi tak tau la . Aku cepuk  !

“ For those who get Band 1 or Band 2 , You’re encourage to repeat  the test again . So , come and get the form and tomorrow please bring along RM 101 . If u dont , I will get u to PK Hem “

Err . Teacher ni macam mengugut plak kan . Senang kata permintaan ni WAJIB la ! tak buat dosa , buat dapat pahala . huhuhu .

Persuade ma tadi . Alhamdulillah , ma setuju untuk bayar . Tq ma .  Tapi sebelum tu kena tarbiah habis-habisan la .  Sanggup  dengar nak ulang punya pasal . hihihi

Need to upgrade !
InsyAllah :)

Wednesday, January 11, 2012

go baby go !!

Yaa .. bagus cara kau hari nih farhana !
terus kan .. tak usah kau pikir kan lagi soal hati mereka .
Kau sudah menegur mereka dan mereka tidak mahu menegur kau semula ,
atau bercakap walau sepatah pon dengan kau kan ?
TAK USAH kau pikir bahawa
engkau yang bersalah ya .
Biarkan mereka !
Banyak lagi teman-teman yang boleh kau dampingi wahai farhana .
Sudah-sudah lah kau menjaga hati mereka-mereka yang tidak berguna itu . 
Sedangkan mereka langsung dan tidak pernah mempedulikan hati kau .
Sampai masa nya , kau harus bertindak ikut kepala dan hati kau tanpa memikirkan apa yang kau buat ini betul atau salah .
INGAT ! buat apa saja
yang kau rasa betul pada diri kau .


# please baca dengan nada suara kepit ala-ala azizah dalam cerita P.Ramlee tu (penarek becha) tau .

Tuesday, January 10, 2012

MUET ohh result ...

Assalamualaikum

Tak mau intro panjang-panjang , berbunga-bunga , berkias-kias . Hana cuma nak bagi tau yang lepas berbulan-bulan start bulan 5 sampai la bulan 12 tahun lepas # ce kire brape bulan ? Yess ! 7 bulan lebih kurang . Dengar teacher punya pembebelan , buat homework yang teacher bagi dengan bersungguh-sungguh # konon -__- , ikut skill or tip yang teacher bagi , korban kan sehari waktu cuti (sabtu , 19/11/2011 ) datang ke sekolah semata-mata nak jawab exam yang berbayar sebanyak RM 61.00 . Senang kata usaha-usaha yang telah pon kami buat utk subjek MUET ni lah . LUSA !

The Result Will Be Release on Thursday

Risau la . Bukan apa , takut result tu menghampeh kan . Kalau menghampehkan let say dapat Band 1, teacher suggest untuk upgrade means kena bayar untuk amek lagi sekali . Ohhh eemmmm jeeee :(
 
RM 101.00 sahaja

itu untuk bayaran tahun ni . mahal kan ? MPM yang naikkan . Jom sama-sama mogok kat MPM suruh kekalkan harga yang lama iaitu RM 61.00 . That's why la , Hana risau . Kang buat nya dapat result tak gempak , tak ke kena ulang ? nanti ma abah potpetpotpet . # bagi alasan first timer , apa susah . ihhik n_n

" Student must get at least Band 3 "

Ingat senang ke nak dapat result secun-melecun macam tu . Lain la kalau hang memang lancar speaking , writing dalam bahasa Inggeris . hmm . Neway , doakan hana eh . Amiin .

Wednesday, January 4, 2012

Hai Doplo Doblas (2012) !

Assalamualaikum
Rasa nya la kan belum terlambat lagi nak ucap Selamat Tahun Baru kepada semua . Ok :) Eh ! Macam janji-janji je . Apa ek ? cuba sentuh sini ! . See ? tahun lepas aku post tahun baru on 4th of January , and tahun ni pon 4th of January jugek .

 | Di manakah aku yang kian lama menyepi?

Eleh , macam ada orang kesah je aku lama tak post kan . Aku tau la aku ni siapa . Bukan macam mereka-mereka yang feymes lagi hot tu . Dah dah dah . I'm born not to be a famous person okey ? hahahah :))

Random Update .

Ekcelli , sebelum 31-12-2011 yakni sebelum diambang New Year la . Aku ada macam-macam aktiviti . Busy sampai aku malas nak atas tarikh (update) sini .

25 Disember 2011 (Ahad)
Keluar wif my encik bf  and his friend , Bob pergi Bukit Bendera . Disebabkan hari tu Hari Krismas plus hari minggu so manusia punya la ramai . Datang dari pelusuk mana pon aku tak tau la . Masa nak 'Que' beli tiket naik train memang memerlukan kesabaran yang sangat tebal dan jitu . Alhamdulillah , time nak naik tak ada apa-apa masalah . Then , selamat sampai kat atas dengan menaiki train baru . Laju macam naik LRT . Bestt . Nyaman je kat atas tu . Sejuk dia tak la sesejuk Cameron Highland atau Genting Highland atau tempat-tempat yang sejuk selain dua tempat ni . Kat atas tu boleh la tengok pemandangan Pulau Pinang secara worldwide . ahakk tak worlwide sangat lah . Aku acah je . Dah puas berjalan , bergambar semua . Masa untuk turun pulak .

# Ohh ye , kami bergambar dengan ular . Aku dah lama kepingin . Yang best nye , dia cuba berani kan diri . Ternyata dia berani . hahaha . Hangpa patot tengok muka dia masa abang ular tu nak letak ular atas bahu kami . Geliii sampai pejam mata-mata .. n_n aku ? steady je .

Masa nak turut ni la azab sangat . Padat sangat . Sampai aku nak pitam . Entah macam mana tiba-tiba rasa macam nak tumbang . He has next to me . Jaga sungguh dia time  ni . Aku terharu :') Terima kasih banyak sayang . Abes part ni . Makan-makan kat Man cafe dekat dengan kampung beliau .

31-12-2011 (Sabtu)
Keluar dengan pemili tengok bunga api dekat dengan R&R Bagan Ajam . Masa ni baru baek demam so mood agak kureng sikit . Even demam keluar tetap keluar . Then , saja call Qis . She was at ICT Shah Alam with her boyfie . Seronok nya sambut new year tengok bunga api deboom debooom dengan kesayangan kan ? encik bf ku ? dia celebrate kat rumah ja . heehe . Bagus dari keluar merayau tak tentu hala tu :)

1-1-2012 (Ahad)
Keluar dengan family pergi Batu Feringgi pulak . Best rupa nya pantai kat situ . First time sampai . Teruk kan ? Dah dok Penang dekat 10 tahun dah .



p/s : gambar akan dipost kemudian . Wifi lembab macam siput !!!