Monday, February 28, 2011

niece bawu ^^

[blackie (handphone) rancak berbunyi dengan iringan lagu dari auburn-La La La .. while di screen tertera nama si pemanggil yang amat ku kenali iaitu sepupu ku abg ijan) 

abg ijan : oi nuyun . *agak kuang hajo jugak sepupu hana yang sowang ni kan ? dgn salam tak bagi teruih panggil orang 'oi'
hana : hm , awatnya ? *nada malazzz
abg ijan : hang dapat anak buah baru !
hana : *nada gumbira . ya ha ? baby laki ka pompuan ?
abg ijan : pompuan jugak ..
hana : ok arr tu . da tarok nama blum ?
abg ijan : belum , dok pikiaq la nih .
hana : tok sah dok pikiaq terok2 . orang da ada nama Nur Iman Amanda amacam ? sedap ?
abg ijan : tu dia aih , tak boleh panjang lagi ka mek ?*kuang hasam dia peqeli cek. sedap tu memang sedap *bangga akuh x) tapi panjang sangat arr .
hana : *keciwa + hampa :( ouh erk ? tapa la .

lebih kurang macam tu la perbualan kami semalam . jelas kedengaran suara ke'excited'an and keterujaan dia yang baru je jadi ayah untuk anak kedua dia tuh :) hana pon tumpang seronok sebab hana da ada ramai anak buah x) masuk ni da 10 orang . hohho coming soon pon ada taw , tak silap nak deliver bulan 7 atau 8 ;)

sapa tak seronok bila da dapat orang baru yang selama ni dok tungu 9 bulan 10 hari kan ? lama tu tapi alhamdulillah semua dah selamat pon . ehhe :p macam hana plak yang 'deliver baby' enough2 ! mengarot jah .
for sure anak sulong abg ijan , Nurul Husna ni baru genap 1 tahun 1 sebulan . tup2 da dapat adek siann kecik2 lagi da jadi kak long eh  . apa boleh buat , rezeki Allah awt nak bagi :) anyway , congrates to abg ijan and his wifey , kak ida . lepas ni rajen2 le 'buat baby' lagi yea ? har har har :))


ucna ngn mak dia :)


ucna dengan abah ye :)

Thursday, February 24, 2011

nyanyi-nyanyi


*hey , pasang kuat-kuat !

haa, dengar dah ? well , this is my peberet song yang hana wajib dengar hari-hari . kalau sehari tak dengar lagu ni  tak sah . bila da dengar tiap-tiap hari tanpa rasa jemu hana da dapat hapai lirik ni dari awai sampai abes ;) . lagu ni kalau hampa perasan ada mix macam hindustan sikit . perasan tak ? kalau tak perasan dengan kadar segera sila klik 'replay' eh . act , hana sendiri tak faham lagu ni cerita pasai apa tapi yang pasti lagu ni memuji kepada Allah Yang Maha Esa .

ok ok , hana tak mau cakap banyak now hana nak cabar hampa hapai lirik lagu  nih . amacam ? ada bran ? HAHA . owh kalau lagu kuch kuch hotak head  , kal ho na ho , dil to pagel hai and bla bla boleh plak hapai kan ? menggedik ja menari depan tv :p . cepat ! cepat ! sapa dapat hapai , hana bagi 10 hengget .
*nyanyi ...
Allahi Allah kiya karo

Dukh na kisi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam ussi ka liya karo.

Allah hee Allah…


Allahi Allah kiya karo

Dukh na kissi ko diya karo
Jo duniya ka malik hai
Naam usi ka liya karo.

Allahi Allah…

لا اله الا الله

salam reader(s) as we all know , kita sebagai  manusia yang kerdil lagi lemah nih doa lah senjata paling 'powerful' . sebab tu الله suruh kita berdoa untuk memohon keredhaan dariNya . cakap pasal doa , doa adalah ibu segala doa . faham ? renung-renung kan yea :) berdoa tak semestinya time kita susah , let say masa nak amek exam no , no , no salah tuh . tak kira la seseorang tu berada dalam keadaan susah ke senang ke  kita WAJIB berdoa . hana harap semua dapat faham ap yang hana cuba sampai kan nih ;) 
Aku sebagai seorang hamba Mu Ya الله Ya Tuhan ku ,
hamba yang lemah. , sering lalai dan lupa mengenai tanggungjawab ku sebagai hamba Mu ..
Namun Kau masih juga memberi ku nikmat kerana Kau Maha Memberi supaya aku mensyukuri akan nikmat yang diberi dan sentiasa menadah tangan dan sujud sebagai tanda aku syukur akan nikmat dari Mu Ya Allah .
Ya الله. aku berdoa kepada Mu semoga aku sentiasa menjadi hamba Mu yang Kau kasihi . semoga aku sentiasa menjadi hamba Mu yang mengerti akan petunjuk Mu . semoga aku sentiasa menjadi hamba Mu yang cintakan akhirat . semoga aku sentiasa menjadi hamba-Mu yang tidak lalai ...
-.- أمين

Wednesday, February 23, 2011

senantiasa dengan ku ♥

seperti mana yang dah diketahui umum hana da berstatus "school freedom" hampir 3 bulan . kawan sekolah ? time hana sekolah dulu , kawan sekolah hana boleh dikatakan beribu taw ! *auta ja tak beribu pon . tapi sekarang ? boleh kira pakai jari yang pendek ni haa . yah , tak lebih dari 10 orang . hana tak kesah sangat cz tu perkara normal bagi sesiapa yang tak bersekolah nak2 lagi "school feedom". hm actually , hana bukan nak kopek pasal tuh , hana nak bagitaw kat semua pasal mereka2 yang sentiasa dengan hana setiap hari .

(1) bonda
apa yang hana boleh cakap , ma is my everything . hana tak kan dapat kehidupan yang sempurna macam sekarang tanpa dia . syukur الحمدلله  for giving  a such beautiful and nice mother to me :) bila masa hana perlukan dia , dia mesti ada . dia da buat yang terbaekk demi kejayaan anak sulong dia nih . ma is like my friends at home . Yes , hana rapat sgt2 dengan ma  . if hana ada problem , hana p terus cerita kat ma . hana tak pernanh sorok apa-apa dari dia . she's know everything about me . HAHA , hana tak rasa malu sebab hana rasa hana la anak yang bertuah sebab dapat ma yang sporting habes ;)

(2) adek-adek
hidup hana akan jadi suram kalau tak ada depa-depa nih . itu da terbukti masa hana kat wad hari tu hee :p sometime they make me happy always ; and sometime they osso make me mad all the time ;)  . ye la , maseng-maseng tak matured lagi kan . ada sja pe'el depa yang senang wat hana naik hangin . i'm couldn't imagine my life without them .

(3) encik bf
not only almost everyday but seriously it's EVERYDAY he keep in touch with me . walaupun dia penat kerja tapi he still dapat spend masa dengan hana especially at night . sunggoh terharu ! HAHA :)) seriously , kami memang susah nak jumpa atas sebab he's on working . because of that , kami jauh sekali tak sama macam COUPLE  lain , yang setiap hari boleh jumpa . he say ".. kalau jumpa hari-hari nanti cepat jemu .." yes ! hana setuju . anyway , i'm feeling so lucky cz i have a special boyfriend like him . he's osso like my motivator too . imissyou budak cempeqa ;)

(4) bff
since semua da kerja kami agak susah nak bergosip-ing macam dulu-dulu ngee :D sumpah , hana rindu sangat dengan 3 orang bff hana --> ana , atiey , farah . i was thinking of them everyday . eventho , kami susah nak meet tapi kami still contact thru fb and concern each other . hana terharu sgt time hana masuk wad hari tu , depa tak dapat jenguk hana but they all tanya khabar hana . itu la dinamakan betsfriend forever :)

tengok ? even hidup hana sekarang tak static , kadang kat bawah ; kadang kat atas tapi hana ada mereka setiap hari ! mereka senantiasa dengan hana in  every my single dayyy . hana percaya , sejauh mana pon kita ni sunyi mesti ada jugak orang yang ada untuk kita -.-

NAK KAN KEPASTIAN !

 kalau tengok minah saleh ni tension , hana beribu-ribu kali ganda lagi tension dari dia taw ? -.-' tension pasal da macam-macam tarikh palsu yang keluar utk result spm nih . ada yang kata 14 mac , 16 mac paling tak boleh bla 28 feb nih . Gila ka ? agak2 la nak kata bulan ni cik abg cik kak . setahu hana result spm tak kan keluar dalam bulan feb , mesti dalam bulan mac jugak . kalau tak awal bulan mac maybe pertengahan or ujong . So until now masih tiada kepastian lagi . anyway , buat sesiapa yang senasib dengan hana (spm candidate 2010) bawa- bawa  bersabar yea ? kot mane pon result akan keluar jugak tapi tarikh nye je yang kita masih belum pasti . apa yang kita boleh buat sekarang , just tunggu and lihat dan tak lupa terus kan berdoa okes ? :)

Tuesday, February 22, 2011

Apakah itu bukti cinta ?

Cinta perlukan bukti . Ramai orang percaya yang bukti cinta tu telah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih kita mahu . Mereke percaya jika itu tak berlaku , means cinta itu tak tinggi nilainya . Actually , anggapan tu tak tepat langsong ! Jika kita beri semua yang si dia mahu , apa yang tinggal kat kita ? Betol ka si dia mencintai kita bila si dia mahukan pengorbanan kita ?

Cinta sejati tak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai . Malah ia menjaga kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

Monday, February 21, 2011

suka -suki di wad :')

chakk ! haii , brape hari hana tak update blog ni haa . silap2 da bersawang pa ? :D k , hana nak story pasai 3 hari hana kat wad . can ? kalau tak 'can' pon bagi 'can' jugak XD

as u all'z sume taw 16/2 hana kena admit wad . pagi2 pukul 0700 am hana da kena siap2 g sepital cz nak check-in pukul 0800 am*amboi , da mcm hotel la plak :)) masa nak daftar masuk wad , ma nak apply bilik kelas satu guna GL ma*menatang ap tah , hana pon tataw . org medical ja taw . kira kelas satu ni macam privacy sikit la tak macam wad biasa  plus diet (makanan) standard sikit arr .

hana ; ma , tak payah kot . nanti along boring pehtu tak boleh nak nyembang2 ~
ma ; betoi tak mau ?
hana ; tak mau la , kelas satu ka kelas dua ka, depa still bagi makan kan ?
ma ; okey , tak maw tak pa la .
hana ; :)

aleh2 , ma apply gak kelas satu tapi hana dok kat wad biasa cuma diet ja lain pada orang lain . hana dok WAD 6 , BED 7  :D masa nak admit tu , hana admit sekali ngn sorang mak cik ni . she use to call her ' mak lang' . hana dengan dia kira bersebelahan la . ey2 , u know what ? kat situ ada 8 bed , tapi dalam ke lapan2 tu . hana la patient yang paaaaaalling muda . nurse2 plak kalau nk panggil hana if nak bagi ubat ke amek b.p ke depa tak panggil nama hana but 'anak dara' haiihh -.-' patient2 lain suma tua2 dah . umur around 40-80 tahun. and case hana paaaaaling tak serius . hihih :p

memandang kan hana admit hari rabu so , agak susah sikit la nak terima jengukkan dari kawan2 , encik bf and a few sedara - mara . never mind bebeh ;) janji family tercinta sentiasa menemani kuh ♥♥ 

Rabu (februari 16 , 2011)
time first day kat wad , serius cakap hana jd 'perak' tawu . ye la da nama pon first time kan . asyik dok perhati orang ja pehtu bosan tahap gaban baq hang ! naseb baik ada mak lang , boleh gak la sembang2 :)  masa nak tido lagi la , payah beno mata ni nak lelap ! bukan sebab takut no , tapi bila da kat wad ni kan . besa la , gaya nak pejam ja nurse panggil makan ubat la , check b.p la , patient batok2 la ada je la gangguan -.-' bila da tak ley tido tu , hana pon apa g amek earphone dengar lagu . layan p la lagu ap pon janji tak boring .

time baekk punya dok layan lagu tba2 msg masok , *harap2 msg dari encik bf . exactly! mmg msg dari si dia  . tapi time texting ngn dia paling menyakit kan hati X( keje nak perli kita ja . mentang2 la kita ni dok sepital en , serba-serbi kureng makanan pon faham2 je la dia boleh plak cakap 'seronok2' hampeh betoi [-( . besaa arr tu  , guro2 ;) dia jenoh nak layan hana kot cz hana tak ngntok lagi eventho jam da pukul 12 lebey . hana gasak dia habes-habesan :)) last2 , hana gak yang kalah cz nurse bagi ubat tido .

nurse ; amboi anak dara nih , dan lagi dok bermesej ngn cik abg dia . nah , amek ubat tidoq nih . lepas tu lena . antaq wishes good night siap2 kat dia lekaih ! *haihh nurse ni soh antaq wishes paling tak boleh bla tu :))

Khamis (februari 17, 2011)
wuu da masok hari kedua , means hari utk op . hana bgn awal seyh pukul 0500 am . tu pon nurse yang kejot kan :D  pehtu nurse soh mandi then dia bg baju utk bilik OT (bilik pembedahan) punya . ala  , baju yang warna putih tu . taw ? kalau tak taw p kat 'google image' eh :)  pas da mandi sume , hana tggu la utk wat op . haihh -.- tunggu punya tunggu pukul 1000 am nurse panggil . at last , masa yang ditunggu2 sudah pon tiba .

nurse ; hai , anak dara . dah siap blom ? awk kena op dulu ni . pehtu baru mak cik (mak lang)  tu .
hana ; siap daa .. *smbil bgn p kat bed utk bilik op
nurse ; baring lek lok . sian nk kena op da .

baik betoi nurse tu , hana suka dia . masa nak p bilik op hana disorong ngn katil oleh dua org nurse yang molek belaka ;)  time otw tu , hana malu sgt cz lalu kat orang yang dok lalu lalang kat luar wad tu . utk elak rasa malu , hana pejam mata serapat-rapat yang boleh >.<

nurse 1 ; ey , awat yang tutop mata ? takot eh ?
nurse 2 ; *gelak. ha la dek . awat yang tutop mata ?
hana ; malu la . orang dok tgk .
nurse 1 & 2 : senyum

jarak dari blik op dgn wad 6 tu tak la jauh sgt dalam 5 minit smp da . baru hana taw , bilik op ni punya la sejuk . tiem hana dok tggu nurse dok urus ap tah smbil baring atas bed . tiba2 mai sorang doc india ni *ensem  sgt ;)  dia check telinga hana yang nak dibedah ni .

doc ; adek manis , betoi ka nk bedah  ?
hana ; ya la . *gugup sikit time ni .
doc ; adek sejuk ka ? kat sini memang sejuk . tpi dalam (bilik OT) laagi sejuk .17○c u know
hana ; *senyum .
doc ; okey , jom masok bilik OT .

pehtu , ma (medical asisstant) pon tolak hana utk masok bilik OT . hoho , memang sejuk giloz . kalau hampa tanya ada seghupe macam suhu bilik time pasang air-cond suhu 16○c ? hana akan jawab tidak *cewahh :p memang tak sama .  ni laaggi sejuk menusuk smp ke tulang som-som . mujur time dalam bilik OT ni hana tak nmpak segala peralatan utk dibedah macam pisau ka and bla bla  . kalau nampak , kompem hana kecut perot . time ni hana tak boleh crite pnjang la , cz hana sendiri tak sedar bila hana dibius . hana just boleh gtaw , yang hana kena bius penoh . * until now hana heran , nak bedah kat cuping telinga ni ja :-/
                              ------- tak sedar kan diri buat seketika --------

tup2 hana da sedar . huh , time ni hana rasa pening ya amat . tak pernah hana rasa pening sebegini ghupe :( hana sempat tegor kat sorang doc ni  .
hana ; doc , i'm felt dizzy .
doc ; yah , that is effect of bius balance . u just relax and close ur eyes .

hana try pejam mata , tapi still dok memusing gak . haihh -.- pehtu hana tegor plak sowang nurse nih .

hana ; ni nak wat pa plak nurse ? * byk tnya kan ? tak padan ngn baru lepaih kena bius .
nurse ; tggu nurse dari wad 6 mai amek adek. adek tggu na  ? kalau pening pejam mata , tak pon tido .

ayoyo , lma gak la hana tunggu nurse dari wad tu mai amek . bayang kan pukul 1045 am start op 1200 pm hana sedar . then 1245 pm baru nurse tu mai . dipendekkan cerita , masa hari kedua hana memang tak larat sgt . makan tak lalu , pening memanjang asyik tidur ja . then , malam masa doc mai round , dia tnya " u nak balek rpa ?" doc ,umah tak ? " *sambil check telinga . hana , " nak la , bila boleh discaj ? " doc , " esok u boleh discaj la ," huh hana dengar doc cakap gitu rasa macam nak melompat woo . *tak2 , saja wat terok ngee :D

Jumaat (Februari 18 , 2011)
yeay ! da masok hari ketiga  . time ni hana plak jadi doc haha p melawat patient lain sementara nak tunggu ma mai pukul 0200 pm *tak dudok diam sunggoh no ? ye la, da dok 3 ari kat situ tak kan nk wat tak taw plak kan . tambah hana ni jenis terlebih mesra alam .

kesian hana tgk sorang mak cik ni sebab alami 'penyakit package' . huh ? ap dia penyakit package tu farhana oi ? ya la , kat dia saja ada saket buah pinggang , jantong and bla bla . bersilang-silang wayar atas bed dia . yg sorang aunty india tu plak ada bisoi kat belakang badan dia . adodoi , senang kata dalam wad tu macam2 ada .

tup tap tup tap , 0230 pm my belove mom pon sampai  . hana tukar baju wad yang tah pape tuh . serius hana tak suka baju wad tuh , dah la besar warna hijau kusam plak tuh . ok2 , da siap , hana salam2 ngn semua . tang ni hana paling sayu cz pehni ntah bila plak hana boleh jumpa dengan mak lang . hna rasa bersyuku sgt sbb bersebelahan dengan mak lang . jujur cakap family dia semua baik2 , tambah2 pak lang . dia da anggap hana ni macam anak dia sendiri . sebelom nak balek hana sempat amek contact number mak lang .

mak lang
; hana , bila2 ajak la abah p di rumah mal lang taw ? kat area tase gelugor
hana ; *sebak InsyAllah mak lang . kim salam kat anak2 mak lang .

tu dia aih , panjang nak mampoih entry nih . hampa baca ka tak ni ha ?? BACA JANGAN TAK BACA . lengoh tgn men'typing' ni taw dak ? :D .  ok itu ja . salam ~

Tuesday, February 15, 2011

:'(

Assalamualaikum and Salam MauliduL Rasul kepada semua umat islam ,

hey, boleh tak hari ni hana luahkan perasaan tapi sikit je la nuh . semalam hana menangis lagi taw dak , haihh -.-' masok kali ni dah berapa kali da hana nanges . ikot kan hana ni bukan jenis kuat nanges tpi entah la semenjak dua , tiga , empat , lima , enam , tujuh menjak ni hana notice hana ada perubahang sikit .

kalau hampa nak taw , hana ni jenis hati keras sikit . memang susah nak kuaq ayaq mata . tpi sekarang , if encik bf ada wat something yang wat hana terasa or kecik hati , hmm tunggu lagi ? merambu-merambu ja ayaq mata nih . senang kata , hana mudah sentap . yishh , pasai pa ha ? dulu tak macam ni pon .

so , hana tnya kat bonda ku tercinta . ma cakap " maybe dia true love along kot and along dalam proses untuk ubah perangai along " . huh ? hana dengar ma cakap macam tu , hana terdiam sat . ya la , tak sangka plak ma nak cakap gitu , malu pon ada . ayoyoi , ntah la hana pon tak faham  :-/

hana tak nafi memang hana tgh usaha nak ubah perangai hana ni . maybe sebab dah dapat hidayah kot :D tapi jgn ingat hana ubah sebab dia plak yea ? sape ingat cam tu , hana sumpah jadi 'bewak kabok'  :))  maybe dah tiba msa nya utk hana berubah . tapi bukan ke tahap drastik lagi la but pelan2 kayoh  :)   InsyAllah -.-'

Monday, February 14, 2011

sikit tentang saya ;)

eit , meh kita merapu meraban lagik . wuu no3 ! bukan merapu meraban eh . entry hari ni , hana post truely from the bottom of my heart . jujur taw ? bukan ranjau :D

2nd post  ni hana nak cakap pasal sifat semulajadi hana yang terlalu honest dengan orang . kadang dalam tak sedar sifat hana ni boleh makan diri hana sendiri :( sedih sgt cz hana da biasa kena . bila kita jujur setengah orang tu boleh 'accept' ;  kadang tak *heran kita jujur pon ada jugak yang tak boleh terima haiz -.- kadang tu plak , memang accept pehtu take advantage atas sifat kita ni . X( damn ! hana benci orang macam tu .

bohong la kalau hana ni 100% jujur orang nya kan ? actually tak la sgt . agak² dalam 75 % jaa :p jujur yang hana maksud kan ni jenis suka 'cakap direct' . let say , hana tgk member hana dress up gila bapak punya lawa , hana terus p kat dia then hana puji dia ikhlas . sama la macam hana dok comment kat dalam fb tu. kalau hana cakap comel , cantekk , lawa , sweet , smart , handsome bla bla sume tu . tu makna nya betol la hana memang ikhlas nak bagi comment gitu .tade niat lgsg nak minta balas ke hape bluekk *nah amek kaw muntah hijau hana bagi :)) hana bukan jenis macam tu eh but that is truth .

camne plak kalau sebaliknya ? hmm kalau sebaliknya hana lebih suka berdiam diri or wat dunno sahaje . gila kaw nak komen yang tak elok kat orang or maybe ada something wrong yang tak brape nak kena dgn hati kita ? fikir² la perasaan orang tu sama kan , dia manusia ; kita pon manusia . so maseng² ada perasaan yang sama . dah kalau kita cakap direct tak elok kat dia , mesti dia terasa kan ? so , nak elak benda tu jd hana lebih suka diam ja . lain la kalau kita tegor dengan cara baik , InsyaAllah mana taw dia boleh terima teguran kita ka kan ? :)

lain plak situasi bila dengan orang yang hana rapat like family , friends and of course bf . hana jd agresif sikit  cewahh :p . kalau hana cakap hana tak suka . yeah ! that's it hana memang tak suka . no simpan dalam taw . hana pon tataw nape mesti jadi macam ni . maybe sebab depa ni tergolong dalam orang yang hana sayang kot . kadang tak jugak hik3 :D *macam aih hang ni hana oih . nak² plak hana dengan encik bf , hana jadi kemut sikit :p tapi tu tak makna hana tak berani tegor eh . for me , ap yang hana rasa hana patot tego ; hana tego . terpulang pada dia nk terima atau tak .

 ayoyo , byk dah bebel nih  macam boring ja enrty ni kan ? boring tak boring hana kesah hape . ngee :D akhir kata , jgn rasa rugi bila honest dengan orang . ingat ! sesungguhnya Allah tu Maha Kaya -.-'

kenapa mesti ada cinta yang diragui ?


hmm ada sapa² boleh tolong jawab ? serius eh hana sampai sekarang still 'wondering' kenapa mesti ada cinta sebegini ghupe . bayang kan , if seseorang laki or perempuan tu dapat taw yang cinta dia terhadap pasangan diragui sure sakit hati aite ? ya la, mana taw kot² tu 'true love' dia ka ? tapi aleh² cinta diragui -.-' pergh saket hati , saket hempedu , sakit usus , saket sume woo .

macam biasa perasaan yang wajib ada pasa seseorang wanita yang bergelar kekasih , dah tentu la perasaan rasa benci sikit *bukan sikit la tapi banyak dekat orang yang tak setia nih . Biar tak cakap di mulut tapi hati maw ikhlas . well , kalau dah sayang mesti la kena setia kan ? it's like a twin taw , mana ada cinta ; mesti ada setia ;)

haa macam tu la lebih kurang . lain la kalau cinta 'si crocodile darat' , bercinta dengan seribu perempuan and still claims in love [-( huh so weird . for me , i'm looking for true love n setia .
yeap ! memang kita akan jumpa dengan yang lebih baik tapi orang yang betol² sayang kita n kita sayang tak boleh wujud dalam sekelip mata :)
IT BUILD ON TRUST !
 

Saturday, February 12, 2011

miss 30-01-2011 moment :')



eit , hana sure hampa besa dengaq lagu ni aite ?
and ada jugak yang download lagi ni aite ?
and ada jugak yang set lagu ni as ringtone or message alert tone aite ?

pape je lah eh . hana tak kesah ;)  yang hana nak is hampa kena kesah pasai hana sekarang ni cz hana tak boleh dengaq lagu ni :( *awat ngn hang ni hana oi , lagu sikit punya rancak . yang hang nak sedey2 plak :-/ . actually tada la sampai nak nanges bagai :p 

serius hana tak boleh dengaq lagu Like A G6 ni . let say , masa tgh dengar radio en tetiba radio main lagu ni , hana terus teringat moment dalam keta masa kuaq dengan encik bf ngan 2 kawan dia yang lain . wuu :( rindu laa .

*mula nk flash back balek -.- time otw nak g pisa kan , lagu ni berkumandang 2 kali . haa, tunggu lagi ? kami pat2 orang pon nyanyi sakan laa . walaupun lirik tunggang langgang ~ enjoy dengar lagu ni punya pasal en sampai lirik pon bersepah  :)) harap betoi tang chorus ja .

that's why la hana tak boleh dengar lagu ni :( kalau dengar ja kompem teringat dalam erti kata lain r i n d u laa haihh -.-

Friday, February 11, 2011

me , he & facebook ~

I Do Facebook
cause facebook ; we knowing each other
I Do Facebook
cause facebook ; we become a friend
I Do Facebook
cause facebook ; we exchange our telephone number
I Do Facebook
cause facebook ; we become a good friends
I Do Facebook
cause facebook ; we getting more closer and closer
I Do Facebook
cause facebook ; we are not 'single' anymore
I Do Facebook
cause facebook ; we fall in love
I Do Facebook
cause facebook ; we become a lover
I Do Facebook
cause facebook ; is our 'silent witness'

Thursday, February 10, 2011

Love u budak :*

this post is dedicate to my twin eva NURUL FARHANA BINTI MOHD IDRIS

:) <--- gini la ghope 'reaction' aku time baca post my bubu hang tu ana uih .
wah2 , kau kata aku keterlaluan yea ? *cekak pinggang
tade la dear , besa2 ja tuh .
aku just nk ckap terima kaseh byk2 kat hang , farah , atiey yg selalu bg support ~
aku SAYANG sgt kat hampa :-*

anyway , aku nmpak hang makin chubby la budak ;;)
haa  ni tadak sebab lain mest sebab ;
terlalu bahagia ngn piduih  a.k.a b hang tu kan ?
aku tumpang seronok weyh ;) 
syukur -.-' sebab hang da pon jumpa kebahagiaan yg selama ni hang impi2 kan tu .
peh ni tak mo nanges2 da taw , aku nk hang terus-terusan bahagia cam ni .
kalau piduih apa2 kan hang , hang direct call aku eh .
biar aku 'fire' dia ;:)
no lah , i'm just kidding babe ~
abeh kuat aku jd pendengar utk cetusan hati and perasaan hang  sudah la no .
okey , papai

Wednesday, February 9, 2011

Pulau idaman :)

 Assalamualaikum wbt ..
reader² sekalian ape kabo ? harap² sihat sejahtera la yea
:)

hari ni hana share ngn sume pasai tempat yang hana kepingin sgt nk p . kira tempat yang d'idam
² kan la .. refer kat title tuh mesti hampa semua da taw tempat ap yang hana nak p sgt tu kan ? yea  , pulau atau dalam bahasa kelantan nya island :D . chop² ! pulau kat dalam dunia ni kan byk. tak kan la semua pulau yang ada kat muka bumi ni , semua nya pulau idaman hana ? no lah . actually , hana ada satu ja pulau idaman . nak taw ? jom kita view dulu gambo² yang hana sempat ciplak tadi ;)

;;) haa nice kan .. tgk air dia yang hijau + biru lagi tenang , pasir putih menggebu . perghh hampa dapat feel tak macam mana rasa p bercuti  pulau cenggini ? pejam mata pehtu feel cepat  ! hmm  nikmat kan ?  ni la pulau yang hana cakap tu _Pulau Sipadan , Sabah . haa kaw ? kat sabah nuh , serius cakap pulau² yang ada kat sabah mmg cantik ! hana taw pon sebab rajen cari kat google image ;) tapi dalam byk² pulau , pulau ni yang berjaya menambat hati hana


terus terang hana memang tak pernah p sabah lagi , senang cakap tak besa keluaq semananjung lagi lah . tapi disebabkan hana ni suka sgt baca paper , selak bahagian 'rekreasi' and tgk gamba² kat google image ni hana jadi teringin plak nk p sana . hana berani jamin once bila da tinggal kat pulau ghope gini sehari dua, kompem tak teringat nk balek umah daa . betoi dak ?


bukan apa sekali sekala nk gak relax kan mind kita and at the same time boleh gak lari dari segala mak nenek punya masala yang menimbon-nimbon ni kan ? salah satu alternatif yangg terbekk cam ni la --> pergi bercuti kat pulau ! haihh -.-' bila la agak nya nk sampai pulau tu eh ? hana ta larat nk berangan da ni . ngee :p
*abah jom ? :)
or ada sapa
² nak sponsor hana p sabah ba ? ;;)

Monday, February 7, 2011

chak reader(s) !
yah , as u know esok hana kena p hopital lagi ,
kena cucok :-s
btw , ni last injection . pehtu tadak daa ..
yes3 ! 8-}
tu je  . ngee :D

p/s : next week check in wad plak . ish2 [-(

Friday, February 4, 2011

URL baru :)

*kenapa hana tukar yea ?
sebabnya , hana dapat taw ada sorang hamba Allah ni yg dulu nya hana ngn dia memang rapat ! but now not anymore . dia la yang wat  hana lemaih pewot sgt sekarang nih , eventho kami da lama tak contact , ta bersua muka tapi thru blog plus url lama http//parroteducated.blogspot.com/ ni , dia taw semua pasal hana -.-
see ?
kenapa tak private ja ?
memang kalau boleh , hana nk private ja . tapi hampa mest byk keja kan ? tera nk view ja, kena sigh-in la .. urghh rumit2 >.< skunk hana boleh tarek nafas lega sbb budak tu tak leyh view daa
okey , terima kasih

Tuesday, February 1, 2011

best part in my life ♥

hey ! last sunday hana hanging out with my encik bf ngn dua lagi kawan dia , Qayum (anak cikgu zaki) & ruzail g penang . hanging out ? actually tade la hanging out sgt . motif utama kami p penang pon coz kat PISA ada karnival jom masuk U

pukul 10 pg awal datang pick up dengan menaiki myvi milik abah nya .
then , we start our journey dalam pukul 1130 am . alhamdulillah , masa otw traffic tak da la jem sgt  eventho hari ahad . dalam pukul 1230 tgh/h cam tu smp suda . event ni buat dua hari sabtu & ahad so bila da hari ahad ni tak da la ramai sgt manusia :)  waa, sesampai je kat situ tgk ramai dak² sch dengan uniform sch maseng² . hmm tetibe t'ingat plak time hana sch, gini la ghope ny . jalan dengan kawan² ke hulu ke hiliaq :'( rindu!

emm banyak gak la booth yang kami jelajah . rugi kalau tak jelajah semua sbb event ni bukan selalu ada kan? setahun sekali . so , alang² da sampai baik manfaat kan peluang yg ada . memandang kan awal dan kawan² nya baru je abes wat diploma kat JMTi , so depa plan nk smbung wat degree plak . wuu baguih² . U yang depa boleh continue study refer from their course is unimap . U tu je la yang sesuai ase ny
.
after spend time almost 2 jam kat situ , tibe² ada suara yg nyaring kabo gini " wei , jom g makan " haha , mkn time sudah tiba . hana just order abc perghh nala punya tinggi kena la ngn harga RM 3.50 . tgk cam tak boleh abes, tapi pas qalet dgr depa² ni dok menyembang plus bergosip , tup² abes liao . haha :))

dah puas gosip-ing , kami decide nk p pisa balek sbb Qayum ada hal ap tah . p sat ja cz waktu tu da pukul 3 ptg . peh tu , p second distination plak , hmm agak² hampa la en .. p mana agak nya ? ngee QB le. besh2 ^^ . ta plan beli pape pon just window-shop plus cuci mata. masa kat qb , semua butik kami teroka , habaq ja butik pa . nike , adidas , guess, timberland , quicksilver n ade lagi lah . ni sebab si Qayum nk survey harga dulu  . dia kata , nanti dia ada duit nk sambaq teruih ~ hmm time Qayum and membe dia tgh tgk² barang , hana pon join gak kelebek² baju wif encik bf. serious , t-shirt sume lawa² . harga ? jgn tnya la , terlebih lawa kot -.-

then , we lepak
² kat pantai . jujur cakap , time lepak ngn depa ni hana rasa best sgt . first , cz mmg hana nk kuar macam ni pon wif my encik bf , second is depa² deret wat lawak ;) masa g pantai , t'serempak plak ngn membe² pompuan depa ni waktu belajar kat JMTi . kira macam jejak kasih la ni . so kami pat² orang join lepak sekali kat tepi pantai yang indah lagi damai tu. peh da puas sembang²  ta sedar jam da kol 7 mlm , so maseng² decide nak balek . ye laa  sudah pukul tujuh maa .. hana pon malas nk type daaaaa .. tgk je gamba² ni eh  papai :)


love him so much

buat muka 'chewi' dia tuh . -.-

seegirl vs air max :))
*dia ta sedar hana amek gambo ni
;)


:)
 
muka serius , *kecek soal bisnes ko abe wey ?
tgh² , Qayum the potpet boy ;)

*mana gamba kat PISA eh ? ngee ta teringat nk snap laa

appoinment 2

today hana attend for my second appoinment dengan doktor pakar, Dr Affaf  . so, kali ni nk discuss and teruih bagi kata putus either nk operate or kasi injection. then , discuss punya discuss dengan pakar bedah kat situ doktor import dari arab tu, Dr Abdel Aziz. hidung dia nala punya tinggi baq hang . suka tgk dia ^^ . dia la yang decide suruh kasi injection kat tempat yang ada kiloid ni .

buat injection lagi better dari operation cz kalau injection  dia mati kan teruih sell2 kiloid ni . kalau operate plak 99 % boleh tumbuh balek . see ? injection lagi terbaekk aite ? -.- kat bahu ni ada 3 kiloid so , ketiga2 kena injection . yang operation plak , utk bahagian ear lobe hana cz ada macam steroid kecik kat situ . Dr Affaf cakap injection ni bukan macam injection biasa so sakit jugak la . MasyAllah -.- hana dengar cam tu , terus mengucap ta berenti .

before Dr Affaf nk kasi injection tu , hana boleh steady lagi . tapi bila dia da masuk jarum kat biji kiloid ni . hana pejam mata qapat seqapat yang boleh >.< ma datok pedih ya amat . masa saket tu , hana selawat byk2 . while tgn sebelah kiri , hana genggam smp berpeluh .

rasa macam nk keluaq ayaq mata pon ada . hana ta expect sakit macam ni . hana dok ingat macam kena injection biasa . haihh -.- dia buat sekejap ja , dalam 15 minit da siap . pehtu , Dr Affaf suruh tggu kat luar cz dia nk tentu kan operation date plak . pas tunggu dalam 10 minit cam tu , Dr Affaf panggil then kasi taw op date . Alhamdulillah waktu operation nanti wat kat OT (dewan bedah) :)

admit (masuk wad) : 16-02-2011 (rabu)
operation date : 17-02-2011 (khamis)
*sorry kalau ayat tunggang terbalek , typing smbil menahan kepedihan ni . adeyh :/