Friday, May 20, 2011

hai tingkatan 6 :)

Assalamualaikum , haii reader(s) kesayangan ku sekalian . Syukur Alhmdulilah kerana aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi Nya , dan dan dan yang paling penting aku masih lagi diberi peluang untuk mengepost kat blog ni .

Ok malas nak berbunga-bunga , kita straight teruih la no . Macam entry sebelom ni , aku bagitau kat hampa yang aku masih lagi buntu kat mana aku nak sambung belajar lepas ni kan ? So now , bukan now la actually dah 3 hari 3 malam berturut-turut aku dok berhempas-pulas memikir sampai nak termuntah habaq hang *muhong ja ehe :P. Aku dah fikir masak-masak , bukan masak Ikan siakap 3 rasa , bukan jugak masak telur setengah masak tapi aku dah fikir habis-habisan dan aku harap keputusan aku ni betoi yang AKU AKAN SAMBUNG DI TINGKATAN 6 !

Farhana nak sambung form 6 ? biar betul .. kenapa ? tak percaya yerr ? nak percaya ke tak nak percaya ke yang penting hampa kena PERCAYA ! Walaupun hati ni rasa berat bak berat badan ahli sumo tapi demi masa depan aku redha . Lagi pon tak lama , cuma setahun setengah je .

Macam mana dengan Politeknik ek ? hmm ramai jugak la yang suruh and cadangkan kat aku untuk further situ compare form 6 nih . Tapi apa kan daya mereka hanya mampu menyuruh dan mecadang , yang nak hadapi nya aku sendiri . Aku yang tetap kan masa depan aku bukan depa . Am I right ? 'depa' tu sapa ?  biar lah rahsia ^-^ . Result untuk pi poli keluar ahad nanti , kalau tak dapat syukur Alhamdulilah lah ; kalau dapat mungkin aku 'reject' .

Aku tak nafi memang dulu aku nak sangat pi poli . Konon boleh attend class dengan pakai baju bebas , tak macam form 6 kena pakai uniform sekolah , dapat tinggal kat hostel bla , bla , bla ... Tapi tu semua dah tak wujud lagi dalam benak kepala otak aku nih . Apa yang wujud sekarang ialah aku kena pulon , fokus dan pulon . No more play-play . Haa like Pua Chu Kang dont play-play kan ? kita ubah sikit ehe :P STPM ni weih , bukannya macam SPM lagi dah . Kalau dok ingat macam SPM lagi memang hang nak kena hariaa la farhana oi . Iye dong , aku akan remain lepas nih jangan risau okay  :)

Mengikut analisa yang aku buat sendiri , majoriti cakap form 6 ni susah . Yes ! maybe betoi tapi kita kena la ingat bahawa dalam dunia ni tak benda yang senang . Nak makan pon kena 'chewing' dulu baru telan except orang yang tak ada gigi ja ngap then terus telan  . Kot mana pon , kena bersusah-susah dahulu . Bila kita susah otomatik kena pulon berusaha , then bila dah usaha InsyAllah kejayaan pasti jadi milik kita . Aku tak mau cakap gebang , apa yang aku nak hampa tolong doakan kejayaan aku eh . Tq!