Saturday, May 14, 2011

pc ohh pc ..

Aku nak ngomel-ngomel sikit pasal pc nih . Unfortunately , pc aku sekarang didapati telah lama dijangkiti virus . Segala mak nenek virus ada dalam pc nih tau . Effect selepas dijangkiti virus tak payah bagi tau la kot , hangpa faham-faham sendiri la . Aku tau sume otak cerdik-cerdik belaka . Nak tau jugak ka ? adodoi , aku bagi satu ja cepat 'hang' . Faham dah ? gud .

Sapa-sapa yang biasa kena maybe dia faham perasaan aku sekarang . Kalau yang tak besa kena tu mungkin langsong tak faham and tak kan dapat faham . Meh sini aku bagi satu situasi and imagine eh , contoh nya pagi-pagi morning yang indah lagi nyaman kan , hangpa nak wat esemen or apa-apa ja la yang kena 'On' pc nih . Tiba2 tengah khusyuk tup2 pc nih jadi lembab and diselang-seling dengan 'hang' yang terlampau sehingga menyebabkan hangpa terpaksa tunggu almost 1 jam lebih untuk kembali normal . Aku nak tanya , apa perasaan hangpa ? A. Marah B. Panas C. Geram D. Semua . Tett , masa dah abes . haha .. dah tentu la semua kan .

Hmm , macam tu la aku . Kadang , sebelum nak on pc nih aku kena fikir dulu tau dak ? ye la , takot-takot bila da on nanti 'hang' pehtu nak kena tunggu plak, time tunggu tu elektrik dok berjalan . Tak ke membazir ? Ikot kan bukan nye men tenet sangat , tapi bila bil eletrik mai ja hambek kau ! RM 200 ++ . Tu semua pasal 'hang' la tu . Kenapa tak off kat plug terus ? nak aku buat macam tu memang tak la . Tu adalah salah satu kaedah melingkupkan harta benda hehe . Aku diasuh dan dididik supaya tidak meranapkan harta benda dalam umah nih . Nak tak nak kena mensaborkan diri -.-'

Tak pi format kat kedai ? briliance soalan . Yess , kalau aku boleh drive kereta dah lama aku bawak pc nih pi format kat kedai sanun . Nak harap abah , asyik bz memanjang sampaikan pc nih saket pon dia wat dek je . So semalam aku pi kedai komputer just tanya pasal bayaran kalau nak format pc . Hehh -,- tak da mahal sangat cuma 50 hengget je *abah cepat-cepat la pi format pc nih ...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsCqY_yD3umyK1Q8GzQidJFdk3tSfiuI_sGPq2e85e2m5acnL8vELrN2iOTlz6AXEvyehdyyA7OHKuD-Le0RMtWjJrro3t6zee7BMNHqyFsNwJIwCaIG-zMSnk8HIJ-0YEc5CuCFyJNuE/s400/virus.jpg