Tuesday, December 13, 2011

ma dah balik .. yeay ..

Assalamualaikum .

Tak mau berkias-kias la straight to the point terus . Actually , dah dua hari ma kat umah tapi baru hari ni mood rajin nak taip ni mai :)

11 Disember - aku , abah dan adik-adik pergi jemput ma kat Jeti Kuala Kedah . Ambooi , tak tau nak describe macam mana perasaan masa nampak wajah ma . Nak nanges kot . #apa la aku nih -__- tapi tak nanges pon .

Then , makan-makan . Time ni plak , paling buat aku lemaih perut . Malu pon ada rasa nya .

Biasa la , bila dah lama tak jumpa mesti ada ja benda nak dicerita-cerituk kan bersama . Adik-adik aku punya riuh nak cerita apa yang jadi selama ma tak ada kat umah . Itu la ini la . Tu tak pa lagi , masing-masing excited sampai volume tinggi melambung  . Rasa macam nak cubit ja perut sorang-sorang .

Ma plak aku tengok macam nak pengsan dengar depa dok potpetpotpet . Tapi disebabkan kesian ma layan kan juga . Ini la yang dinamakan sikap murni seorang insan yang bergelar ibu kan ? letih macam mana pon , tetap layan pe'el anak-anak . 


makan-makan kat Gelas Besar Food Court , Permatang Pauh .

For short , ada jugak la stuff yang ma bawak balik . Coklat tu dah semestinya . Kalau pergi untuk event LIMA sehidung-hidung , wajib beli stuff sempena event yang grand tu kan . Ma beli t-shirt LIMA untuk abah , aku dan Najmi . Then, ada la model jet and helikopter yang saiz nye cenonet je .

#oh yea . semalam 12 Disember 2011 . Hari anniversary ma abah saye le .