Thursday, December 1, 2011

Saya rajin ; saya buat (day 8)

Question 8 | Your dream wedding.



Huhh lepas je post entry semalam then aku sempat ushar soalan yang bakal aku jawab hari ni . Boleh dikatakan excited jugak la . Mana tak nya , dream wedding tu . Semalaman tak tidur coz dok fikir apa aku punya dream wedding nih #auta , tidur lena ja. huhu . Last , aku fikir pasal kawen-kawen ni masa aku kecik-kecik dulu . Umur lingkungan 8 tahun , konon nye nak kawen kat hotel kaauu . Haihh -.-' tinggi betoi angan -angan aku time tu .


# tiba-tiba terkenang kenangan waktu silam , pernah jadi flower girl . Bos bapak sedara kawen . Pakai gaun warna silver and cream , tabur-tabur bunga ros . Bertempat di Dewan Felda , Merak Kayangan , Kolumpor . Rindu nyaa zaman kanak-kanak ku ....

Alright ! perkahwinan impian aku . Hurmm apa yea ? haizzz tergaru-garu aih nak taip nih . Sebab nya , aku sendiri tak pernah terfikir . Aku rasa aku dengan perkahwinan jauh sekali . Tapi tak salah kan kalau berangan-angan dulu . ihhik ..

# adooi la , kenapa la wujud soalan ni -.- buat aku rasa macam nak kawen cepat je tau .


(1) Black-purple-silver wedding

Memandangkan aku ni peminat setia kepada hitam , aku tak mau la perkahwinan aku nanti tema hitam ja. dah macam hape ntah . So , nak bagi tambah sweet dan romantis ungu dan silver ni paling sesuai .
I like



(2) Perkahwinan dalam taman

** kelasss kau Hana . Okey , aku tau konsep macam ni dah tak 'rare' . Dah banyak sangat orang kahwin dalam taman ni , bukan setakat retis-retis ja . Kenapa aku suka konsep ni ? sebab aku ni suka akan kehijaun , flora dan sama waktu dengan nya . Aku gila bunga bu the way . :)


(3) Rewang Kahwin

# gambar curi .
Hmm , kalau la bajet tak lepas nak wat grand-grand serupa kata atas-atas tu , aku pilih untuk buat kat rumah ja . Lagi afdal plus jimaat huhu . Lagi pon best ape rewang nih . Ramah mesra dengan sanak saudara . Mengeratkan ikatan silaturrahim . Lagi best kalau moment time rewang ni ada makcik latah . Huhh riuh saje .


Err tu je kot , kalau nak bagitau satu per satu pasal impian kahwin memang banyak dan tak terkata . Ada ja yang nak diangan-angan kan . Hitu hini la . Kadang tu tak terjangkau dek akal pon ada . Nama pon angan-angan kan . haha .


# Oh mama .. saya mahu kahwin
Kahwin dengan siapa .
dengan mista 'S' saye lerr ... lalala