Saturday, November 5, 2011

sehari bersama ♥

Nak tau tak ? semalam encik bf balik penang lorh . Just for 3 days . Aku happy n_n walaupun sekejap .

Then , tadi kami spend time sehari . Nak lepas rindu la kira nya ni . Bila fikir-fikir balik , baru kali ni lah dating paling lama . Ihikk . Dari pagi sampai la ke petang , letih penat tak hengat . 
# oh ya , encik bf saya demam laaa .. kata nya dah seminggu . siap bawa ubat lagi time keluar ni . kesiiiaaaaan die :(

Dia datang ambil pukul 1030 am . Perasaan masa ni dag dig dug sangat . Elok masuk je masuk dalam kerata masing-masing lawan senyum . Rindu weih . Huhu ^_^ Then , masa on the way nak ke penang , kami kena redah jem . Ya Alllah , jalan punya la jem . Bayang kan 1130 masih stuck dalam traffic jem .

Berbekalkan kesabaran akhirnya sampai jugak penang dalam 1215 pm macam tu hiuhh -.-' . Disebabkan penat tunggu dalam jem tanpa ada bahan untuk mengunyah hehe plus dah masuk tengah hari plak tu kan . Perut ni dan-dan bersenandung mak limah . Makan time at Restoran Kapitan berdepan dengan QB . 

Serius cakap eh , walaupun aku ni ada darah India belah abah . Aku tak fanatik sangat dengan makanan yang sinonim dengan diorang yakni kari . Bukan tak suka , tapi kureng . Tapi apa boleh buat , perut ni lapar sangat dah ku bedal jua . huhu . Sayang nya , dia tak makan sekali sebab sakit gigi . Kesiiiaaaan lagi L

Perut pon dah kenyang , hati pon senang . Yea , baby hana kenyang sudah :)

H : nak pi mana plak nih ?
M : #terkejut 2 saat dengan soalan tu . Eh , mana hana tau . Ikot la ..
H : #senyum senget  .

Hmm , ntah apa la dia fikir waktu tengah senyum gitu . Vroom punya vroom punya vroom rupa-rupa nya dia nak bawa pi 1st Avenue . Ni tak ada sebab lain mesti nak supink barang dia . But before supink macam biase lah exercise kaki ni dulu . Jalan usha-usha barang . Perghhh tengok Ipad yang nipis  tak hengat tu . Ipad 2 kot . Punya la cantik . Harga jangan tanya la . Teramat la cantik . Then , tengok segala adik beradik ‘I’ yang ada kat situ . I-Mac , Ipod touch bla bla .

Puas cuci mata , masuk Parkson . Supink time ! encik bf rembat wallet Kickers . Itu sahaja yang disupink beliau . Hahahaha ..

Then , masuk Perangin Mall plak yang bersebelahan je dengan 1st Avenue tu .

Lakukan aktiviti yang sama . Jalan-jalan cuci mata . Tapi berbaloi during whole day ni , tak ada siapa-siapa ganggu means tak ada orang call , mesej pon . Kalau time dating sebelum ni  , ada ja . # Jangan la kacau kami nak dating-dating. ehe .

Jam menunjukkan pukul 400 pm . Awal lagi kalau nak balik pon plus , giliran perut dia pulak berdendang merdu .

Back to QB again haihh -.-' rajin beno dia berpatah-patah balik nih . Pekena Mc'D . burrppp kenyang sopan :P Lagi sekali , jalan-jalan cuci mata . # letih la sayang -.-

 # hari ni memang perut aku sangat la bertuah , macam-macam aku sombat sampai nak termuntah .

Lepas round punya round sampai kaki ni rasa macam nak tercabut habaq hang  . Kami mengambil kata sepakat untuk pulang . Alhamdulillah , taffic smooth atas jambatan .

tapi ... jeng jeng jeng sampai ja highway Juru , jem teruk laaa . Yang aku heran tu jem teruk nak menghala ke selatan . Yang nak menghala ke utara ok je .
Patot nya , nak raya ni traffic nak hala ke utara la yang kena jem teruk kan ? ni terbalik pulak dah .

Aku ok je time ni even mengantok sebab hujan dicampur plak dengan sejuk air-cond huhu , tapi  kesian dekat dia la dengan demam nya stuck plak dalam jem . Aku tahan untuk tidak tidur , teman dia . Bual-bual bagi elak bosan . Yang best nya time ni , kitorang lawan menguap tau tak . Dah macam badak air daa  Hahahahaha ..

Finally , sampai jua . Hurmm , agak kurang seronok. Sebab esok maybe tak boleh jumpa . Yea la, sibuk dengan raya Haji . Lusa plak dia nak balik Shah Alam  dah . Sebelum turun dari kereta aku salam dia , then sempat cakap bye je . Haduii . Neway , thanx a lot to him . Love u bie :')